KENAPA kita wajib PUASA?
“ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ” [Al-Baqarah : 183]
"diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. Dari Nabi Muhammad s.a.w. bahawa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)" [Bukhari & Muslim]
Ada apa dalam Bulan RAMADHAN?
“ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” [Al_Baqarah : 185]
"Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu
malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar
ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam
itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua
perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada
Allah.'' (Riwayat Ibnu Majah)
Dah tu..apa kita DAPAT?
“Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya; satu kebaikan diberikan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda. Allah berfirman: kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku. Aku akan memberi balasan puasa itu. Dia (anak Adam) mengetepikan syahwatnya dan meninggalkan makanannya kerana-Ku. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya. Dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Puasa itu perisai. Pada hari salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang buruk dan membuat fitnah. Jika dia dicela oleh seseorang atau diperangi, maka hendaklah dia berkata: sesungguhnya aku orang yang berpuasa!” [Bukhari & Muslim]
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan rasa harap, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” [Bukhari & Muslim]
Assalamualaikum..semoga entry ringkas ini dapat memberi kefahaman buat kita semua..kalaulah ramadhan ini yang terakhir.........tepuk dada tanya iman... wassalam dr Mr AnO_^)
p/s : betul k tjuk entry 2 dgn entry??hehe spe nak bg tjuk yg tepat..silalah:p
6 comments:
selamat berpuasa mr anonymous. :)nice entry. boleh share2?. :)
>>Khairunnisa anis
boley saje_^) slmt bpose jgk..dh hari k 6..huhu
blom terlambat nak ucap salam Ramadhan kan..^^ semoga Allah tetapkan iman & bekalkan kekuatan utk kita terus bersemangat mengharungi bulan yg penuh berkat ini~ =)hedshymo
gunakan peluang yang ada pada bulan ramadhan ini untuk memperbaiki iman , meningkatkan taqwa kita kepada Allah s.w.t . nice entry ^^
selamat berpuasa Mr. Anoy :)
>>Sal Ijou
hehe xlmbt lg..slmt bpose jgk..
>>saya KILA
slmt pose jgk kila...smoga rmadhan nie yg terbaik buat kta:)
Post a Comment