PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Showing posts with label Isu Terkini. Show all posts
Showing posts with label Isu Terkini. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

::.Nuzul Al Quran.::

NUZUL AL-QURAN  

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

                                                            Nama-Nama Lain

Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:

1.
         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2.
         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3.
         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4.
         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5.
         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6.
         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.

7.
         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2

8.
        
Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”


  Tuntutan al-Quran


Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan

  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).


Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,
MSD Washington DC.
Ramadan 1430 September 2009
  



Monday, 15 August 2011

::.Chong Wei terpaksa Akur.::

Assalamualaikum...

14/08/2011

Kejohanan Akhir badminton dunia sudah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan penguasaan negara China. 

Antara perlawanan yang paling mendapat tumpuan ialah antara Individu no 1 dan 2 dunia iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan.. Pada set pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pemain tidak mahu mengaku kalah dan walaubagaimanapun set pertama dimenangi oleh Lee Chong Wei [22-20]

Pada set kedua,berlangsung dengan sengit sekali apabila kedua-dua pemain saling mendahului mata. Namun Chong Wei seakan hilang fokus apabila membiarkan Lin Dan mendahului 17-10. Akhirnya set kedua menjadi milik Lin Dan apabila menang 21-14.

Mereka  bermian di set ketiga untuk menentukan siapa juara. Set ketiga berlangsung dengan kedua-dua pemain bermain berhati-hati namun tetap mendebarkan apabila kedua-dua pemain tidak mahu mengaku kalah.
Akhirnya kejuaraan sah menjadi milik Lin Dan apabila menang 23-21 di set ketiga.

Kekalahan ini telah meleburkan hasrat jaguh badminton negara kita untuk merangkul kejuaraan Dunia buat kali pertama. Walaubagaimana pun, kita harus berbangga dengan pencapaian Dato CW kerana hingga ke saat akhir beliau masih tak mahu tunduk kepada Lin Dan, Cuma bukan NASIB beliau untuk kali ni...

SEMOGA TERUS MAJU Persatuan Badminton Malaysia_^)



Sunday, 14 August 2011

::.Pertemuan 2 Gergasi Badminton Dunia.::

14/08/2011

pak cik google bagi_^)

Kejohanan Badminton Dunia kini sudah memasuki hari yang terakhir kejohanan. Sepanjang kejohanan, banyak upset yang dilakukan oleh pemain bukan pilihan, seperti pemain Singapura yang telah mengalahkan jaguh Indonesia iaitu Taufiq Hidayat pada pusingan kedua lagi...

Dan seperti yang diramalkan, pertemuan individu lelaki akan menemukan 2 pemain sensasi masa kini, no 1 dan no 2 dunia..iaitu Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan. Perjalanan Chong Wei nampak mudah apabila beliau mengalahkan Chen Jin dalam perlawanan Separuh Akhir semalam... Lin Dan pula mendapat tentangan hebat dari Peter Hoeg Gade, jaguh Eropah, sebelum Lin Dan dapat menundukkannya dalam 3 set yang penuh dengan aksi-aksi menarik.

Perlawanan antara Lin Dan dan Peter Hoeg Gade seakan-akan tidak dipercayai oleh peminat setia Jaguh China itu kerana dia mendapat tentangan hebat dari Jaguh Eropah. Walaupun umurnya sudah mencecah 35 tahun, tapi Peter dapat mengajak Lin Dan untuk berhempas pulas sebelum mengalahkannya.

Perlawanan akhir antara Jaguh Malaysia dan China itu dijangka akan berlangsung seawal jam 8 malam waktu tempatan. Perlawanan kedua untuk peringkat akhir ini.

hehe nampak macam berita tak?? agak2 Mr AnO boleh jadi penulis Metro  k harakah k?hehe berangan la pulak...

So, sama2lah kita berharap agar permainan CW berada pada tahapnya sebagai pemain no 1 Dunia sekaligus mendapatkan kejuaraan yang belum penah dia kecapi...

p/s : perlawanan CW & LD dalam lepas magrib, jangan kita lupa kita berada dalam bulan ramadhan...jgn sampai menyokong badminton, ibadat tergadai..tgk yg ulangan dah la_^)

selamat berpuasa untuk hari k-14_^)

Friday, 29 July 2011

::.Biar kalah sebagai PEJUANG!! Harimau Malaya.::






Assalamualaikum...pe cer hari nie? hopefully kita semua dalam rahmatnya dan bahagia-bahagia selalu...hehe semangat tak baca tajuk entry:p...

Rasanya semua dah tahu kan??skuad Piala Dunia kita telas ditewaskan oleh Skuad Singapura dengan agreget 6 - 4. Pada perlawanan malam semalam, skuad Harimau Malaya terpaksa akur apabila hanya sekadar seri di tangan Sang Singa..tapi Mr AnO tetap bangga dengan persembahan MANTAP dari skuad Harimau kita. Biar kalah kita sebagai PEJUANG!

Persembahan anak didik Datuk K.Rajagopal semalam berada pada lantasan sepatutnya sebagai salah 1 pasukan yang digeruni di Asia..skuad negara bermain dengan baik sekali tapi apakan daya, mungkin rezeki bukan pada tangan kita lagi. Dan ditambah pulak dengan 'lakonan2' pemain singapura yang cuba untuk melengah-lengahkan masa..huh!!geram jugak rasa...

Apa2 pun, Tahniah & Syabas buat skuad harimau Malaya.. kita kalah bukan kerna kita lemah, tapi bukan rezki 2 milik kita lagi. Perlu pertingkatkan lagi mutu permainan dan disiplin pemain. Persembahan mereka semalam telah membuktikan bahawa kita mampu jadi 1 pasukan terkuat di asia kelak, insyaAllah...

lastly, jangan sedey2 deh..sok lusa dah nak puasa_^) ayuh kita sambut puasa kali nie dengan penuh kegembiraan dan syukur pada Allah...kerna masih lagi diberi nikmat untuk bertemu dengan bulan mulia, Ramadhan!!

GO!!GO!!GO!! HARIMAU MALAYA

Wednesday, 27 April 2011

::.Pandangan islam..Kebenaran Vs Kebatilan.::

KUALA LUMPUR, 25 April - Mahkamah Tinggi hari ini mendedahkan Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”. “Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini. Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala, berus gigi dan botol air mineral diambil. Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil bagi mengenal pasti barangan berkenaan yang ditandakan sebagai bahan bukti. (Sumber - http://pahangdaily.blogspot.com/2011/04/panas-peguam-anwar-sankara-nair-bongkar.html)

Bolehkah nak sabit kesalahan hanya berdasarkan DNA? Lihat pandangan Islam:
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat.

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah hudud seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan).Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.
Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
 >>malaysia oo malaysia, bilakah krisis politik akan berakhir?? bila hal ini diketengahkan, ada pula suara2 dari orang luar dan fanatik politik mempersoalkan tentang  tuduhan Tan Sri Anwar terhadap Rosmah dan PM kita yang dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya..dipersoal kenapa tak menggunakan cara islam nie.. pada pandangan aku la, nampak yang figure2 politik atau negara diluar sana, sedang lberawan psykologi untuk memenangkan diri sendiri sehinggakan bila ditunjukkan kebenaran pada mereka pun, mereka masih lagi boleh mempersoalkan...
aku harap sangat malaysia jadilah negara islam yang sejati..walaupun baru2 ini, sheikh As Sudais memuji malaysia sebagai 1 negara yang aman, tak da peperangan tapi pada hakikatnya, peperangan dari sudut politik itu sangat kuat...percaya atau tidak, semua benda akan berkait dengan politik..[nantikan post lepas nie]. aku menyeru pada korang semua, sokonglah kebenaran dan islam, bukan menyokong kebatilan, kerna sinar islam tue akan memenangkan kebenaran!!_^)...
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

::.Majlis Ilmu.::

Assalamualaikum...ayuh sama2 pada semua rakyat yang ada di perlis, sama2 kita mengambil peluang untuk kita sama-sama mendengar kuliah dari 2 orang penceramah yang penuh dengan ilmu di dada. semoga kita dapat berkongsi ilmu dengan mereka...

Monday, 25 April 2011

Imam Besar Masjidil Haram kagum Islam maju di Malaysia

AL-SYEIKH Abdul Rahman ketika menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
AL-SYEIKH Abdul Rahman ketika menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Al-Syeikh As-Sudais mahu umat kuasai ilmu, bahasa Arab untuk kejayaan

BERDEGUP jantung mendengar ceramah ringkas Imam Besar Masjidil Haram, Al-Syeikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Walaupun disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Arab, hadirin menerima mesejnya melalui terjemahan. Cukup menusuk hati terutama ketika ulama agung itu membacakan doa memohon keberkatan umat manusia.

Keindahan bacaan ayat suci al-Quran, ketenangan pada wajahnya mengiyakan semua cerita yang didengar sebelumnya kerana ulama ini cukup dikenali dan dikagumi selaku imam satu Masjidil Haram yang sering mengimamkan solat Tarawih.
Beliau menyeru umat Islam supaya kembali bangkit membina tamadun agung Islam seperti yang pernah dikecapi sebelum ini dengan syarat semuanya mesti berlandaskan ajaran Islam sejati.

“Pelaksanaan Islam berasaskan pengetahuan Islam yang betul akan menghasilkan tamadun yang agung. Jika umat dulu mampu melakukannya, umat masa kini juga mampu. Misalnya Malaysia mengorak langkah ke arah yang perlu dicapai umat,” katanya.

Apa yang perlu dilakukan ialah umat Islam mesti sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah kerana syukur itu adalah separuh daripada iman, separuh lagi adalah sabar.

“Antara nikmat besar yang dianugerahkan Allah ialah nikmat Islam, maka kita wajib bersyukur. Syukur itu ada tiga kategori, iaitu syukur dengan hati, dengan lidah dan syukur dengan amalan serta pekerjaan yang dilakukan.
“Marilah kita tingkatkan akidah keimanan kerana semua itu bertujuan ke arah mencapai kebenaran dan pengukuhan keimanan,
” katanya.

Bagi mencapai kesempurnaan hidup, Al-Syeikh Dr Abdul Rahman turut menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan, iaitu beriman, menterjemahkan iman kepada amalan salih, saling menasihati atas dasar kebenaran dan nasihat untuk bersabar menghadapi ujian, cabaran hidup ke arah merealisasikan keIslaman diri.

Ketika banyak negara lain kacau-bilau, bergolak dan tidak tenteram, katanya, umat Islam di Malaysia cukup beruntung kerana hidup dengan aman.

“Ujian itu datangnya dalam pelbagai corak. Kami di (Arab) Saudi, anda di Malaysia, kita dapat nikmat hidup dalam aspek keselamatan, keamanan, kesihatan dan sebagainya. Sebab itu kita perlu tingkatkan kesyukuran, akidah dan mendidik masyarakat,” katanya.

Satu daripada rahsia mencapai kejayaan yang ditekankan beliau ialah menyeru umat Islam menguasai ilmu, terutama menguasai bahasa Arab ke tahap maksimum.
Baginya, bahasa Arab adalah bahasa orang Islam, bukannya bahasa orang Arab kerana jika mampu menguasai bahasa itu, ia akan meningkatkan personaliti Islam itu sendiri.

“Saya ajak anda fahami Islam sebenarnya, bukannya Islam yang ditafsir dengan pelbagai tafsiran. Apabila menguasai Islam sebenar, kita mampu hadapi cabaran dengan baik dan akhirnya mampu mewujudkan tuntutan akidah iaitu kesatuan Islam.

“Jika kita gagal mantapkan perkara tadi, kita tidak akan mencapai kesepaduan Islam,” katanya sambil menambah umat Islam mempunyai tanggungjawab menyebarkan agama Islam tetapi pada masa sama bersikap toleransi kepada bukan Islam.

“Kita diwajibkan menyeru orang bukan Islam supaya memeluk Islam tetapi jika mereka menolak, tanggungjawab itu dianggap selesai tetapi hidup toleransi mesti dikekalkan,” katanya sebelum mengakhiri ceramah dengan bacaan doa
.

Tidak hairanlah, penterjemah ceramah itu sendiri mengakui, sukar baginya menterjemah secara sepenuhnya apa yang disampaikan kerana baginya, amanat ringkas yang disampaikan ulama besar itu semuanya mempunyai ‘isi’ dan mesej penuh makna.

Sikap rendah diri itu juga jelas apabila sendiri memohon kerjasama supaya gambarnya tidak dirakam ketika sedang menikmati jamuan makan tengah hari di Masjid Assyakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Di celah hadirin yang mendengar amanatnya, terdengar bisik-bisik ‘tengok wajahnya, bersih dan tenang. Tidak hairanlah jika dia langsung tidak menonton televisyen.’

Jika apa yang diperkatakan itu benar, jelas sekali ulama besar itu memilih untuk tidak lalai dengan apa saja yang berunsur hiburan dan melalaikan.


source : Berita Harian Online