PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Showing posts with label segmen_^). Show all posts
Showing posts with label segmen_^). Show all posts

Thursday, 18 August 2011

::.Nostalgia lagu Raya dan Anda.::

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...hari nie dah hari k-18 puasa..semoga amalan kita diterima..insyaAllah...
hari nie Mr AnO nak join 1 contest yang dijemput oleh abah Khalisha. sila klik sini untuk tahu lebih lanjut_^)


Lagu yang Mr AnO paling suka dan takkan mis setiap tahun, ialah lagu yang didendangkan oleh Ellina & Annuar..tajuknya Suasana Di Hari Raya_^)

why??

firstly sebab lagu nie seriusly dengar boleh buat oleh gembira..betol tak? kita berhari raya sebab nak sambut kegembiraan @ kerayaan selepas kita menjalankan ibadat puasa selama sebulan, kira lagu nie memang kena la...hehe  Lagu nie buatkan Mr AnO hepy dan rasa macam nak menari jer bila dengar lagu nie_^)

And lagu nie syok bila nyanyi ramai2 dapat hadirkan mood syawal..hehe tapi jangan nyanyi sekarang yer, lambat lagi nak raya_^)

ok sekian saje...."abah, nak duit raye!!hehe" jom layan jap...



Anuar:
Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

Elina:
Bertukar senyuman dan salam
Ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan
Saling memaafi
Suasana Hari Raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa 

Anuar:
Kuih dan muih
Beranika macam
Makanlah jangan
Hanya dipandang...
Elina:
Ketupat rendang
Sila nikmati kawan
Penat memasak
Malam ke pagi

Anuar:
Wajik dan dodol
Jangan lupakan
Peninggalan nenek
Zaman berzaman...
Elina:
Asyik bersembang
Pakcik dan makcik
Hai, duit raya
Lupa nak diberi

Anuar & Elina:
Berlalulah sudah Ramadan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

Assalamualaikum....

Wednesday, 17 August 2011

::.Segmen: Memori Ramadhan by Sakura.::


Assalamualaikum Dan salam Ramadhan. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah hari yang k-17 kita puasa..lagi berapa hari je lagi dah nak habis..tapi diri nie masih lagi terkial-kial..dengan ibadatnya, puasanya dan macam-macam lagi lah..semoga amalan kita semua di terima oleh Allah dan diberi ganjaran olehNYA..amiin_^)

Ehem2..setelah seminggu berfikir dan mengenang kisah silam, at last Mr AnO nak join segmen yang kawan lama Mr AnO anjurkan nie...klik sini untuk more info_^)
Selalunya, memory ramadhan kebanyakan orang..bila diorang puasa, mesti parents akan bagi duit o something yang best la tapi Mr AnO tak  dapat merasai semua tue..huhu tapi Mr AnO nie pelik sikit..nak tahu kenape?? Haa jom bace!!



Dulu masa kecik2 dulu, Mr Ano tak ingat lah waktu darjah berape...mak ayah suruh puasa, so Mr AnO pun puasa la..kalau tak puasa pun nak makan apa sebab mak masak lewat..huhu  so oleh kerana terlalu penat berpuasa, Mr AnO akan tunggu di depan TV setiap kali pengumuman waktu berbuka dan imsak. Tak kisah lah, kat TV9 @ TV3.. korang tahu tak, sebab tiap2 hari tengok, sampai boleh hafal nama2 tempat yang tak pernah dengar pun..tambah2 yang kat sabah and sarawak..hehe ok what, tengok rancangan berbuka pun boleh tambah pengetahuan_^)...

Lepas tengok rancangan tue, terus akan pergi tengok jam...alaaa tak masuk lagi, nak makan takut kena marah. So tunggu la lagi sampai orang azan maghrib..huhu
Tapi, sekarang dah besar..tak tengok dah rancangan waktu berbuka and waktu imsak tue..hehe dah ada jam and henset, dah boleh taw pukul brapa masuk_^)...
Tak best pun kan??hehe nie je la memory ramadhan time kecik2 dulu...tak de yang best pun...tapi hairan jugak, kenape lar rancangan waktu berbuka and imsak 2 asyik pasang lagu yang sma jer, dah la sayu2 jer...hehe cuba tukar2, baru best orang nak tengok_^)
Ok lah, jumpa lagi...selamat berpuasa dan beribat semua....

Haa dah masuk asar,jom solat! jap lg pukul 4.55pm ada rancangan berbuka dan imsak, jom tengok!!!!