PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Showing posts with label forum semasa_^). Show all posts
Showing posts with label forum semasa_^). Show all posts

Tuesday, 12 July 2011

::.BERSIH 2.0 & KHILAFAH 2.0.::


Assalamualaikum dan salam 1 Ummah. lafaz tinta dimulakan dengan ucapan agung, kalimah Bismillah..Alhamdulillah, sudah agak lama Mr AnO menghilangkan diri dari laman sesawang nie kerna ada sedikit hal yang perlu diselesaikan dan Alhamdulillah, pada saat nie masih lagi diberikan nikmat dan rahmat untuk kembali menulis pada 'keyboard' laman nie.._^)

pe kabar bloggers semua??huhu maaflah sebab lama tak berkunjung ke blog korang semua, insyaAllah lepas nie Mr AnO BW kat blog sahabat2 semua yer...

Yuk, hari nie Mr AnO nak kobar cikit pasal isu yang baru jer lepas 2 3 hari nie, tentang BERSIH 2.0. Alhamdulillah, dapat lihat sendiri dengan mata sendiri bagaimana keadaan ketika Demo itu berlangsung..memang ramai tak terkata la masa tue, macam-macam orang boleh jumpa..hehe dan Alhamdulillah, Mr AnO dan sahabat yang kat sana selamat pergi and balik..

BERSIH 2.0 nie diadakan untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam Pilihanraya dengan menghantar memorandum. tapi malangnya, BERSIH 2.0 gagal menghantar memorandumnya kerana ancaman dari pihak berkuasa. Dan kalau nak tengok kesan dari BERSIH 2.0 nie, tunggulah PRU-13 yang akan datang. tapi BERSIH 1.0 yang telah diadakan pada tahun 2007 telah memberi sedikit tamparan hebat kepada PRU 12 yang mana melihatkan perubahan dari segi undi di beberapa kawasan. [cek sendiri yer, Mr AnO pun xtahu sgt:P]...semoga kemenangan kita berpihak pada KEBENARAN bukan pada KEBATILAN! insyaAllah...

eh!! apa kaitan dengan tajuk entry nie pulak..hehe saje buat gimik! tak de lah..sebenarnya, Mr AnO nak ajak kita kaitkan dengan Khilafah..

Khilafah nie, mudahnya satu sistem pemerintahan berasaskan Islam sebagaimana yang dibawa oleh zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. KHILAFAH 2.0!!bilakah akan munculnya KHILAFAH 2.0?? setelah jatuhnya empayar islam pada tahun 1924 Masihi, maka hancurlah pemerintahan Islam dan dari detik itulah dunia dipimpin oleh puak-puak kafir dengan kezaliman dan rantai besi..

KHILAFAH 2.0 berasaskan memorandum untuk menubuhkan satu corak pemerintahan yang akan menjaga syariat Allah ataupun Maqasid Syariah.
  1. Memelihara Keturunan
  2. Memelihara Akal
  3. Memelihara Jiwa
  4. Memelihara Harta
  5. Memelihara Agama
Sekiranya hal 5 ini dijaga, insyaAllah kedaulatan pimpinan Islam itu akan muncul dan membawa satu perubahan yang besar terhadap kepimpinan negara dan sunia hari ini...tapi persoalannya, bilakah akan adanya KHILAFAH 2.0??siapakah yang akan memperjuangkannya??

Segala persoalan itu, terletak pada diri kita..siapa kita kalau kita tak memperjuangkan Islam, siapa kita kalau tak merindukan Khilafah.. segalanya pada tindak tanduk kita, kita yang menentukan siapa pemimpin kita dan akhir dari Mr AnO, sinar Islam itu akan memenangkan kebenaran_^).

semoga bermanfaat......._^)

p/s : maaflah panjang cikit, lama xmenulis, semangat terlebey_^)

Thursday, 28 April 2011

::.Email 1Malaysia..Tinggalkan pendapat anda_^).::

Assalamualaikum dan selamat malam buat readers yg dihormati sekalian...pe kabar?sihatkah? arap2nya sehat dan tidur lena malam nie...Mr AnOnymOus nak ketuk mimpi u all semua boley?? teruskan membaca yer...
Hari nie, aku nak membangkitkan 1 isu yang baru saja diumumkan oleh PM kita, Dato` Najib Abd Razak berkenaan email 1Malaysia...korang dah tahu belom?? sebelum tue, tahniah dan terima kasih kepada dato` PM kita kerna dapat idea untuk buat projek nie...cuma...hmmm???
okeh, meh nak story sikit... Emel 1Malaysia nie akan diberikan pada semua rakyat Malaysia yg berumur 18tahun dan keatas dan projek ini ditanggung oleh swasta tanpa menyentuh langsung dana dari kerajaan..lagi...projek email 1Malaysia nie adalah salah satu daripada 7 Projek Transformasi Ekonomi(ETP) dan dengan matlamat untuk memudahkan rakyat Malaysia berhubung dengan pihak kerajaan dan senang untuk rakyat mengupdate tentang apa yg berlaku di negara kita nie..opppps! 1 lupa paling penting, dana untuk projek nie adalah sebanyak Ringgit Malaysia 50JUTA!! nielah sikit sebanyak pasal projek email 1Malaysia nie...
Apa yg Mr AnOnymOUs nak keutarakan adalah berkenaan dana dan ke'efektifan' projek nie kepada rakyat Malaysia..ye lah, kita tak dapat nak jangka masa depan cuma kita membuat 1prediction awal..sebut pasal dana, agak terkejut kerana menggunakan jumlah yang agak besar sebenarnya..lebih baik kita guna saja free email dari yahoo! Gmail dan yang lain2 lagi..dengan dana 50juta tue, aku rasa lebih baik kalau disalurkan kepada setiap kerajaan negeri untuk menaik tarafkan instrastruktur IT di negeri masing2, beri pendedahan awal kepada masyarakat tentang IT nie...cuma pendapat dr Mr AnO lah..mungkin 'mereka' lebih mengetahui tentang duit tue..
Kebetulan, Mr AnOnymOUs sendiri berada dalam career nie..apa yang aku tengok, tak semua masyarakat sekarang tahu menggunakan kelebihan IT yang kita ada sekarang..jika email 1 Malaysia nie dilaksanakan, adakah semua akan menyertainya??sama2 kita fikirkan..
Dan perkara terakhir yang Mr AnO nak ketengahkan mengenai security email yang diberikan..even yahoo n gmail pun boleh terbocor, inikan pula sesuatu yang kita dapat free beserta id pula..fikirkanlah!

So, Mr AnOnymOUs rasa setakat nie saja nak berceloteh, InsyaAllah, MR anO akan bukak ruang comment post nie, untuk readers semua menyampaikan idea tentang projek nie. korang boley tinggalkan comment di sini dan kita bukaklah perbincangan sihat untuk masa depan kita_^).wwaaaah...

Adakah ANDA setuju email 1MALAYSIA dilaksanakan??adakah wajar dengan dana itu?? hidup nie ada yang betul dan ada yang salah, sama2 kita renungkan.....tinggalkan comment anda dan sama2 kita fikirkan..sokonglah kebenaran, kerana sinarislam itu akan memenangkan kebenaran!!_^) assalamualaikum...

p/s: maaf penggunaan 'aku' kepada readers yg dihormati_^)