PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Wednesday 25 May 2011

::.Kenapa KITA Menangis : Bahgian 3.::


Assalamualaikum..alhamdulillah..dapat lagi update hari nie..terima kasih, thank, syukran kepada readers yang selalu baca post Mr AnO yang tak seberapa nie_^). Untuk hari nie, adalah episode terakhir entry Kenapa KITA Menangis..kepada yang belum baca post bahagian 1 dan bahagian 2, sila2lah baca yer..jom sambung baca..
Menyingkap sedikit tentang entry bahagian 2, bagaimana Mr AnO membawa cerita tentang seorang laki yang mengajak  seorang wanita untuk berbuat maksiat dengannya, dan jawapan yang diberikan oleh wanita itu sangat mengejutkan lelaki itu..nak taw lebih, bace la yer..hehe pada kali nie, adalah entry kesimpulan terhadap post Kenapa KITA Menangis..
Sahabat-sahabat bloggers sekalian, bila kita bercakap tentang menangis kerana Allah, Allah mengingatkan kita dalam Al Quran dalam surah al Maidah ayat 44, “maka janganlah engkau takut kepada manusia, takutlah pada aku”. Disaat kita melakukan kejahatan, kita takut kepada pandangan manusia tapi Allah mengingatkan kita..jangan kita takut kepada manusia, takutlah kepada aku yakni Allah. Dalam sebuah kitab diceritakan bagaimana pada hari Qiamat nanti seorang hamba dipanggil mengadap Allah dan ditimbang segala amalannya, bila dihitung amalnya tiba-tiba amal buruknya lebih banyak dari amal kebaikan. lalu Allah memerintahkan malaikat untuk mengangkat hamba ini dan mencampakkannya ke dalam api neraka. Dan ketika malaikat mahu mengangkat hamba itu untuk dicampak ke dalam neraka, tiba-tiba ada rambut di pipinya dan rambut ini berkata pada Allah, “ya Allah, saya sehelai rambut..demi Allah dan Rasulnya, Rasulullah SAW telah bersabda ; “barangsiapa yang menangis kerana takut kepada Allah, sesungguhnya Allah janji mata ini tidak akan dibakar di dalam api neraka”, dan tuan saya,tuan empunya mata ini Ya Allah telah menangis kerana takut kepadamu, air matanya membasahi pipi saya, membasahi rambut saya yang sehelai ini..bukankah KAU telah berjanji mata yang menangis kerana takutkanMU akan diselamatkan dari api neraka”.  tiba-tiba datang suara dari Allah SWT, berkata kepada malaikat jibril..”ya Jibril, angkat orang ini..aku telah mengampuni segala dosa hamba ini kerana ia merupakan sepasang mata yang menangis kerana takut kepada Allah”. Akhirnya Jibril buat satu pengumuman, “wahai sifulan bin sifulan, kamu telah selamat dari api neraka, kamu diselamatkan oleh Allah hanya kerana sehelai rambut.”. lihatlah bagaimana sehelai rambut dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka, kerana daripada titisan air mata yang membasahi pipi ini dan turut membasahi rambut kita..besarnya rahmat Allah.
Dan dicatat juga dalam kitab Bidayatul Hidayah, bagaimana ada pada hari Qiamat nanti, Allah akan mendatangkan kepada kita satu api yang bergemuruh dan besar, bergemuruh api ini sehingga menggegar tubuh umat manusia ketika itu. Maka ketika itu, umat manusia cuba menghampiri api ini..rupa-rupanya semakin dekat dengan api tersebut, semakin kuat bunyi gemuruhnya..dan diceritakan dalam riwayat, boleh didengar api ini dari jarak 500 tahun. Maka ketika itu, semua manusia sibuk..kata nabi-nabi terdahulu..”nafsi..nafsi”, ikutlah diri kamu sendiri..kerana ketika hari Qiamat, tidak ada siapa yang dapat menolong kamu lagi..kamu sendirilah kena menghadapi api itu..tiba-tiba datang Rasulullah SAW, nabi tak kata “nafsi..nafsi” tapi Rasulullah berkata, “ummati..ummati..”..Rasulullah masih ingat kepada ummatnya..dan ketika itu berkata ummat nabi Muhammad, ”demi solat kami, padamlah wahai api. Demi zikir kami, padamlah wahai api. Demi sedekah kami, padamlah wahai api”. Tapi! Hairan! ummat Nabi Muhammad, api yang menyala itu tidak padam..Nabi juga dalam keadaan kebingungan..dan dalam ketika itu, datang malaikat jibril memeritahu kepada nabi, “Ya Rasulullah, api ini hendak membakar ummatmu ya Rasulullah, ummatmu banyak melakukan dosa Rasulullah”. Menangis nabi ketika itu..dan nabi bertanya kepada jibril, bagaimana untuk memadamkan api  itu kerana nabi tak mahu ummatnya dibakar di dalam api yang menggunung tinggi itu. Dan jibril membawakan segelas air, jibril kata kepada Rasulullah, “ya Rasulullah, ambillah air ini dan kamu padamkanlah api ini dengan air ini”..Nabi berkata, “bagaimana ya Jibril, air yang segelas ini dapat memadamkan api yang bergemuruh ini”.. jibril pula berkata, “ambil dahulu ya Rasulullah”. Lalu Nabi Muhammad menyirus air itu ke atas api yang bergemuruh itu..dan tiba-tiba  keajaiban dari Allah berlaku, terpadam api yang menggunung tinggi itu..Nabi bertanya, “ya Jibril, air apakah ini”. jibril menjawab, “Ya Rasulullah, air ini Allah perintahkan kepada saya untuk berikan kepadamu, gunakan air ini untuk memadam api itu dengan izin Allah, dan Ya Rasulullah..air ini ialah air mata ummatmu ya Rasulullah, ketika mereka hidup di dunia dahulu, ada di antara mereka ini, ada yang menangis kerana Allah..dan kesan dari tangisan inilah, Allah simpan air ini sebagai bukti dan dengan air inilah dapat memadamkan api ini”.
Wahai sahabat bloggers yang Mr AnO hormati..menangislah kerana kita takut kepada Allah..kalau didunia kita tidak menitiskan air mata kerana takut kepada Allah, jika di hari Qiamat kita mahu menangis memohon rahmat dari Allah tapi dengan apa jika di dunia ini tiada air mata yang takut kepada Allah. Adakah kita syukur atas nikmat Allah, adakah kita bersujud kepada Allah.. kita takut jika tangisan nanti bukan tangisan kegembiraan, tapi tangisan penyesalan... Oleh itu, sementara masih ada masa, biarlah kita menitiskan air mata takut kepada Allah. Sepertimana kata Rasulullah, “saya sentiasa berdoa kepada Allah, ; “ya Allah, kurniakan rezeki kepada saya 2 mata yang menangis kerana takut kepadamu ya Allah sebelum air mata ini habis”. justeru itu, menangislah kerana takut kepada Allah, kelak kita akan mendapat perlindungan dari Allah di hari Qiamat nanti..insyaAllah..janganlah dibazirkan air mata kerana hal duniawi kerana air matamu amatlah berharga..
Semoga post Kenapa KITA Menangis ini memberikan sedikit kesedaran kepada kita dalam menempuh hari-hari mendatang. Yang baik ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Mr AnO mintak maaf sekiranya sepanjang episode nie ada yang salah dan silap bicara..Yang baik itu dari Allah, dan yang kurang itu jua dari Allah tapi disandarkan kepada diri ini..
Terima kasih kerana membaca..jumpa lagi pada post2 akan datang_^)


Monday 23 May 2011

::,Mengapa KITA Menangis : Bahgian 2.::



Assalamualaikum dan salam 1Ummah_^). Pe kabor hari nie? Hopefully u all semua diberikan kesihatan hendaknya..Alhamdulillah hari nie berkesempatan untuk mengupdate entry..entry pada kali nie adalah kesinambungan terhadap post sebelum nie..Mengapa KITA Menangis?? Terima kasih pada yang sudah membaca dan maaf kerana lambat menyambung kisah ini…
Seperti yang Mr AnO janjikan pada post terdahulu, Mr AnO ingin menceritakan tentang jawapan seorang wanita yang diajak untuk melakukan maksiat oleh seorang lelaki yang tertarik hati kepadanya..apakah respon wanita itu?? Jom sambung baca_^)
Pada suatu ketika dahulu, diceritakan dalam riwayat..ada seorang lelaki yang tertarik dengan seorang wanita, dia selalu mengintai wanita tersebut dari jarak jauh. Suatu hari si laki itu nampak wanita itu keluar dari rumah kerana nak pergi ke satu tempat, si laki nie mengintainya dari jauh.. dan apabila si laki nie nampak wanita tersebut..lalu si laki ini pun mengikut wanita tersebut, sehingga sampai di satu kampong yang sangat sunyi, sepi, orang pun sudah tidak ada, kebetulan pada waktu lewat malam, orang pun dah tidur kerana pintu2 rumah dan lampu sudah tutup..tiba di satu tempat lapang, boleh kata macam taman…lalu si laki nie pun meluahkan rasa hatinya, cintanya, rindunya kepada wanita tadi…maka dia mengatakan, “orang semua dah tidak ada, orang dah tidur.. apakata kalau kita melakukan perkara-perkara, apakata kita tidur bersama??”..jadi maknanya laki nie menyampaikan rasa hatinya untuk bersama dengan wanita tersebut, si laki nie lihat wanita tu diam dan senyum saja..lalu dia ingatkan wanita itu setuju untuk bersama dengannya. Tiba-tiba si wanita itu bersuara, “kamu cinta pada saya, ingin bersama dengan saya, apakata kamu periksa dahulu, semua orang di kampong nie dah tidur ke belum..”. lalu si laki ini melompat kegirangan kerana dia menyangka lamarannya untuk bersama wanita tersebut diterima…lantas si laki itu memeriksa di kawasan tersebut dan dia memberitahu kepada wanita itu bahawa semua orang sudah tidur, hanya tinggal kita berdua saja disini. maka ketika itu, si laki pun seronok.. kemudian wanita itu bersuara lagi, “kamu kata semua orang dah tidur, apa pandanganmu kepada Allah, adakah Allah juga tidur pada ketika ini?? kamu kata semua manusia sudah tidur, bagaimanakah dengan Allah??”. Terkejut si laki nie, lantas dia membalas..”tidak, Allah tidak pernah tidur, Allah tidak pernah tidur walaupun sesaat.” Wanita itu pula berkata, “kalau kamu katakan Allah tidak pernah tidur, ketahuilah zat Allah yang tidur pernah tidur ini, dia juga akan memerhatikan apa yang akan kita lakukan walaupun semua orang tidak nampak apa yang akan kita lakukan..tetapi Allah yang tidak tidur ini, Allah itu Maha Melihat. Sepatutnya dengan zat Allah inilah yang sepatutnya kita menangis kerana takut kepada Allah”. Terkejut si laki ni dengan kata-kata wanita tersebut..dia hanya takut kepada manusia di kampong itu yang semua sedang tidur, sedangkan dia tidak takut kepada Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai memerhatikan apa yang dilakukan oleh manusia. Dan ketika itu diceritakan dalam riwayat, dia melangkahkan kakinya malu kepada Allah dan juga wanita itu, apabila dia pulang ke rumahnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha, dia takut, menangis dan menggigil tubuh badannya kerana takut kepada Allah. Tak lama selepas itu, si laki nie meniggal dunia…
Bila laki nie meninggal dunia, ada seorang kawannya di kampong itu, bermimpi bertemu laki itu dalam mimpinya. Tanya kawannya, “apa yang Allah beri kepada kamu? Kan kamu pernah menceritakan kepadaku, kamu nak buat perzinaan, kamu nak buat dosa kepada Allah..sekarang apa pembalasan yang kamu dapat?”. dan jawab si laki yang sempat bertaubat sebelum dia meninggal dunia itu, “Allah telah mengampunkan dosa2 saya, kerana ketakutan saya kepada Allah, kerana saya menitis titisan air mata ini kerana saya takut kepada Allah, dek kerana saya takut kepada Allah..dan saya tinggalkan dosa itu, sekarang ini Allah mengampuni dosa2 saya dan sekarang ini juga Allah menempatkan saya di taman-taman syurga kerana titisan air mata takut kepada Allah bukan titisan kerana bab dunia tapi titisan kerana Allah..terus saya meniggalkan dosa itu, dan bertaubat pada Allah, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa saya..”.
Maka cerita ini sesuailah dengan sabda Rasulullah SAW, “ketika tubuh seseorang hamba itu bergetar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah segala dosa-dosanya, ibarat dosanya itu jatuh daripada pohonnya, ibarat daun-daun yang berguguran daripada pokok ketika ditiup angin yang kencang”. Begitulah Allah mengampunkan dosa kita kalau titisan air mata kita itu tadi, menangis kerana takut kepada Allah SWT, menangis kerana menyesali segala dosa kita, kita tahu Allah itu tidak pernah tidur..Adakah hari nie ketika manusia nak melakukan kerosakan, mencuri..mereka pandang di kiri kanan depan dan belakang..ada tak orang yang tengok kita melakukan perbuatan itu, kita tengok semua orang tidak memerhatikan kita ketika itu..kita takut kepada manusia..tapi kepada Allah kita tak takut wahai sahabat2 sekalian..takutlah kepada Allah wahai sahabat2 sekalian…kita sangka orang tak tengok tapi pada hakikatnya Allah sedang memerhatikan kita..titiskanlah air mata kita kerana takutkan Allah. Di dunia ini, kita boleh tipu orang lain dek kerana mereka tak nampak apa yang kita lakukan, tapi ketahuilah Allah tak pernah lalai, tak pernah tidur untuk melihat kita..ketika ini, adakah kita menitiskan air mata kerana takut kepada Allah?? Justeru itu, mudah mudahan cerita si laki dan wanita ini tadi dapat kita jadikan pengajaran kepada kita. Allah tak pernah lalai..titiskanlah air mata ini kerana takut kepada Allah…

Bersambung….

Sekian dahulu buat kali nie..nantikan episode terakhir post Mengapa KITA menangis ini pada entry yang akan datang. Semoga cerita dan entry ini memberi sedikit kesedaran kepada readers yang Mr AnO kasihi. Nantikan kesudahan post nie, pada lain kali, insyaAllah…syukran


Saturday 21 May 2011

::.Mengapa KITA Menangis : bahgian 1.::


Assalamualaikum dan salam 1 Ummah buat readers Mr AnO sekalian..waaa rupanya dah lama tak update blog kesayangan nie:)
jom baca entry baru nie_^)

pada kali nie, mungkin Mr AnO nak bawakan 1 topic tapi tak la hot sangat..mungkin tak ramai orang yang berbicara tentang topic nie..Mengapa KITA MENANGIS??

Kenapa KITA menangis? kekadang anak-anak menangis kerana mahukan perhatian dari Ibu bapa, ada lelaki menangis kerana takut kekasihnya lari..bermacam2 asbab kenapa KITA menangis. ada pula orang menangis bukan kerana sedih tapi mereka menangis kerana gembira..misalnya si Ibu menangis kerana gembira melihat anaknya berjaya, anaknya dinaikkan pangkat dan sebagainya. .tapi selalunya orang kini menangis kat depan TV @ laptop tengok cerita hindustan or korea..hehe..inilah hakikat manusia, kita diberi nikmat mempunyai perasaan dan berbagai2 ragam untuk kita meluahkan perasaan kita..

Cuma untuk kali nie Mr AnO bukanlah mahu menukilkan tentang perasaan menangis yang biasa..tapi Mr AnO nak coretkan, ke arah mana tangisan kita itu..walaupun menangis itu 1 fitrah manusia, kita tidak mahu kita menangis ini kepada perkara yang sia-sia..kali nie Mr AnO nak membawa u all semua tentang tangisan yang dimaksudkan dengan tajuk entry kali nie...

Sebelum lebih panjang lagi, Mr AnO nak sebutkan kata-kata yang dinukilkan oleh Salman Al - Farisi, "ada 3 perkara yang menyebabkan saya rasa hairan sangat..yang pertama, orang yang terlena di dunia ini sedangkan maut mengintainya". nie sering kali jadi bila kita dah tak tahu nak buat apa, rata2 kita akan tidur saje tapi jangan kita lupa, disaat kita tidur itu..maut sedang menanti kita..masyaAllah..yang kedua kata Salman Al Farisi, "saya hairan melihat orang yang lalai padahal 'orang' yang memerhatinya tidak pernah lalai". siapakah 'orang' yang dimaksudkan tu??tentulah pencipta kita yang Maha Melihat..kita sering kali lalai..dalam solat kita berlengah, dalam belajar kita main2, al Quran pun jarang di baca, disimpan jadi suci dalam debu..ini kerana semuanya dibuai fana dunia..sedangkan Allah tak pernah sesaat pun lalai melihat kita..Allah.. dan yang ketiga kata Salman Al Farisi, "saya hairan melihat orang yang senang di dunia ini padahal dia tak tahu Allah senang dengannya". maksudnya, kita yang senang di dunia, seronok di dunia, hebat di dunia..tapi faqirnya kita tak tahu ,adakah Allah sayang pada kita? adakah kita seronok ketawa sana sini, Allah sayang pada kita..
apa yang dimaksudkan, dalam 3 perkara yang beliau hairan ini, Salman Al Farisi mahu mengajak kita untuk takut kepada Allah, takutkan pencipta agung kita. Kemudian, kata lagi Salman Al Farisi..jika tadi ada 3 perkara yang buatkan aku hairan..ada 3 perkara pula yang buatkan aku resah gelisah dan kadang-kadang disebabkan 3 perkara ini juga, saya akan menangis kepada Allah. apakah 3 perkara itu? yang pertama, "saya resah menangis melihat orang-orang yang memisahkan diri dari kelompok Nabi Muhammad SAW". maknanya, mereka yang tidak mahu mengikuti ajaran Nabi, menolak Al Quran, menolak hadis dan sunnahnya..bagaimanakah di saat mereka meninggal dunia nanti, kepada siapa mereka mahu memohon syafaat. perkara kedua yang dikatakan oleh Salman Al Farisi, "saya resah gelisah melihat mereka yang tidak takutkan Allah". mereka tidak kenal Allah, tak menghadirkan diri ke rumah Allah..hadir bila hanya ada keraian dan sebagainya, bagaimanakah tempat mereka di akhirat nanti, jika mereka meninggal dunia sebelum sempat mereka bertaubat..adakah syurga atau sebaliknya.. dan yang ketiga yang menyebabkan saya resah gelisah dan menangis ialah, "orang yang tidak tahu apakah sesuatu perbuatan yang mereka lakukan ini akan membawa mereka ke syurga atau neraka". inilah yang dirisaukan, kekadang kita sendiri tak mengetahui adakah kita ini benar atau tidak, adakah kita melakukan amal kerna niat kita betul2 kepada Allah atau sebaliknya...

begitulah kata2 dari Salman Al Farisi yang mahu mengajak kita untuk takutkan Allah..alangkah indah kata2 beliau, tersentuh hati ini membacanya...


>>jangan lupa untuk menanti sambungan topik ini pada entry akan datang..._^). Mr AnO akan menceritakan bagaimana seorang lelaki yang telah jatuh hati dengan seorang perempuan dan dia ingin menyatakan hasrat hatinya untuk melakukan maksiat bersama perempuan itu. nantikan apakah jawapan perempuan itu!!!

dan jangan lupa, kita masih dalam tajuk.. MENGAPA KITA MENANGIS..??_^)

bersambung......

Thursday 19 May 2011

::.Berdosanya AKU.::

Berdosanya AKU…
Disaat orang bergegas menyahut seruan azan,
AKU masih lagi BERLENGAH dibuai hiburan duniawi..
Berdosanya AKU…
Disaat orang melakukan ibadah,
AKU masih lagi LEKA mengikut noda nafsu..
Berdosanya AKU…
Disaat orang berdoa memohon perlindungan Allah,
AKU masih lagi SERONOK melayan nafsu..
Berdosanya AKU…
Disaat orang melaungkan takbir,
AKU masih lagi ASYIK dibuai lagu dunia..
Berdosanya AKU…
Disaat orang berjuang mempertahankan ISLAM,
AKU masih lagi MAHU menyokong kebatilan..!
Bersodanya AKU…
Disaat ALLAH melihatku,
AKU masih lagi TEGAR melakukan DOSA padaNYA!!

Wahai KAU yang bergelar ‘AKU’…
Inikah bukti oleh dirimu kepada penciptamu??
Bila ditanya kepadamu sebelum dilahirkan, apa jawapanmu??!
‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”
Tapi! Inikah buktimu??
Bangunlah wahai KAU yang bergelar ‘AKU’,
Tidak mahukah KAU melihat ISLAM itu kembali bernaung??
Ayuh bangunkan kembali dirimu!!
Bangunkah ISLAM dari dalam dirimu!!
Kerna kalau bukan dirimu, siapa lagi??!
Engkaulah harapan pejuang ISLAM..
Muhasabahlah dirimu,
Pasti akan KAU jumpai Sinar ISLAM dari dalam dirimu…
Bangunlah Wahai DIRI…

Thursday 12 May 2011

::.Lepak-Lepak kejap_^).::


ada lagi ke murid2 macam nie sekarang??hehe pape pun..lom lepak2 kejap..ilangkan stress and boring2 tue....


Wednesday 11 May 2011

::.Kuat ke???Jom try!!.::

Assalamualaikum..pe kabar??sehat2 ja eyh_^). Kuat ke?? apa yang kuat tue??


entry kali nie Mr AnO nak bagitaw u all semua tentang kualiti pasword kita, tak kisah lah emel, gmail or apa pun password kat dunie nie...
Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:

1- Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.hehe
2. Menggunakan password kata yang panjang.
3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.

Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat.

haa…Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password  u all..

Klik –> Passwordmeter

* Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter
* Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password u all.
* Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.
* Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.

Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai.

Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.

Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password u all. So googling sendiri la yerk.hehe
Rasanya setakat nie perkongsian dari Mr AnO buat kali nie..gunakan emel anda dengan baik yer, gunakan untuk kebaikan. Insya Allah_^)

Semoga bermanfaat_^)


Monday 9 May 2011

::.Mr Ano`s Appreciation Day!_^).::

Assalamualaikum wbt_^) alhamdulillah, syukur pada Allah kerana hari nie kita masih lagi diberikan nikmat dan rahmatnya untuk terus kita menjalani hidup sebagai hambanya..online nie pun antara nikmat taw:) seterusnya, salam bahagia buat u all yang tengah baca entry nie, semoga u all semua ok2 ja ek:)

hari nie hari yang specel sangat buat Mr AnO_^).. pada hari nie, Mr AnO nak ucapkan ribuan terima kasih buat bloggers yang setia follow and visit blog Mr AnO yang tak seberapa nie..huhu touching la plak:) tapi apa yang Mr AnO sangat2 suka bila dapat kongsi current isues dengan u all, ilmu2 dengan u all, and Mr AnO dapat kenal u all semua..waa best2! terima kasih sahabat bloggers semua:) korang memang terbaik la, blog semuanye nice2..jadikan blog nie bukan hanya tempat untuk 'diari' tapi gunakan juga untuk kebaikan yer and lagi baik untuk spread Islam 2 sendiri_^)..

so pada hari yang bersejarah nie[baca dengan mood syahdu:p] Mr AnO berbesar hati nak bg award pada followers Mr AnO semua..and yang paling spesel, kepada follower ke 100 Mr AnO yang genapnya pada hari nie..sape??tgu la jap g..tak habis lagi touching nie:)..hehe bg followers @ yg bakal jadi followers yang rasa berminat dengan award@banner yang Mr AnO buat nie, bolehlah copy codenya and publishkan banner kat bawah nie di blog u all semua..surely it will make me smile:)




and as i mention before, Mr AnO akan bagi award pada someone yang menjadi follower ke100 Mr AnO. actually, u all semua same jer cuma this person a lil bit special sebab jadi yang k 100:) and the person is Mutiara
jom kita lawat blog dia, nice n jadi followers dia juge yer...
this is for cik Mutiara...





Thank, gracias, thank you, syukran pada semua yang menjadi dan akan menjadi followers Mr AnO_^) thanks jugak sebab u all banyak kongsi something yang best. kepada asimira, wan_cikgumuzik, miss dayfeda, cik nini, alevate n ramai lagi..terima kasih coz u all mewarnai laman blog nie:)
Akhir kalam, semoga ukhwah yang terbina nie dapat penjadi 1 ikatan kerana Aqidah dan membawa kepada redha Allah.._^)











Sunday 8 May 2011

::.Puisi Buatmu IBU_^).::


Besar pengorbanan yg Engkau berikan
tak satupun langkahmu yg tak berarti di hidupku
kau keluarkan semua tenagamu untuk melahirkanku
meski semua yg terbaik telah ku berikan pada’mu
itu semua tak akan bisa menggantikan semua
    secoret kata ini, kutuliskan
    betapa besar pengorbananmu untuk anakmu
    kini aku bisa memahami,
    betapa berartinya dirimu di dunia’ku

tak mampu aku membalas semua pengorbananmu
hanya menghormati dan memberi yg terbaik untukmu
meski tak besar,aku terus berusaha untuk bisa membuat dirimu tersenyum melihat anakmu

IBU terimakasih, kasih dan pengorbananmu akan terus aku ingat.

Selamat Hari Ibu buat bonda di rumah, semoga kita terus diberi kebahagiaan bersama_^)huhu

Friday 6 May 2011

::.Kisah Hafiz dan jek tayarnya_^).::


Assalamualaikum dan salam 1ummah dan salam saiyidul ayyam buat semua bloggers yang berkunjung ke blog Mr AnO yang tak seberapa nie...hari nie, dapat 1 idea nak bercerita pada u all semua..jom Baca! _^) semoga kita dapat manfaat dari cerita nie....jeng3!!

Seorang lelaki yang Mr AnO beri nama Hafiz, sedang memandu kereta proton Inspira di sebatang
jalan
pada waktu tengah malam.[kebetulan malam jumaat_^)]. Beliau berasa seram kerana beliau tidak pernah melalui jalan itu. Tiba-tiba tayar keretanya meletup dan pancit di tengah jalan. Hafiz pun berhenti di bahu jalan. keadaan sekeliling dipenuhi belukar dan hutan. Setelah membuka but keretanya, dia mendapati jek tayar tiada. Dia terkejut dan mula memikirkan jalan penyelesaian...

Maka perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah meminta tolong. Dalam kepekatan malam, Hafiz nekad berjalan kaki ke hadapan. Mana tahu kalau-kalau ada rumah atau kampung kecil, jek dapat dipinjam, tayar juga dapat diganti..

Semasa berjalan, Hafiz mula risau..Jam ditangannya menunjukkan hampir 12 tepat. Dia mula membayangkan betapa marahnya tuan rumah yang diganggu malam-malam buta sebegini. bermonolog dia keseorang.."kalau aku pun, aku marah". Dia memikir lagi.. Tuan rumah itu nanti pasti akan bersikap kasar membuka pintu. Dia juga mungkin akan terus memukulku dengan kayu. Paling tidak pun pasti muka aku lebam-lebam dilenyek tuan rumah itu..

Setelah beberapa kilometer menapak, akhirnya dia sampai juga. tersergam indah sebuah rumah agam lama. Bulu romanya sudah tegak umpama duri. Semakin didekatinya rumah itu, semakin jelas di benak fikirnya mengenai satu bayangan, "sejurus pintu dibuka..aku pasti akan dilayan buruk oleh tuan rumah..."

Hafiz menabahkan hati, Pintu pun diketuk beberapa kali..namun salam yang diberinya dibalas dengan usiran angin sahaja.

Setelah lama mengetuk, tiba-tiba daun pintu bergerak perlahan lahan. tanpa sebab munasabah, dan dengan 'selamba badak' Hafiz tangkas mengeluarkan buku lima nya. Hayunannya tepat mengenai mata tuan rumah! Tuan rumah terlolong menahan kesakitan, dengan muka kehairanan..tuan rumah berfikir kenapa Hafiz menumbuknya tanpa sebarang sebab. tiba-tiba sahaja dia yang menjadi mangsa..

Hafiz kembali memohon maaf pada tuan rumah itu dan menyampaikan hajatnya.......

Cerita yang Mr AnO bajet boleh menang anugerah seram komedi ini mengisahkan betapa sikap bersangka buruk dapat membawa bahaya pada diri kita dan jua orang lain. Jika tak dibendung sedari awal, kelibat perkara negatif akan bermain dan menghantui fikiran kita..

Disamping itu, bersangka buruk juga ditegah oleh Islam sendiri. Dalam 1 hadis riwayat At-Tabrani Nabi Muhammad menasihatkan : "Apabila bersangka buruk, jangan kamu membenarkan sangkaan itu"

so apa yang Mr AnO nak tegaskan, janaganlah kita bersikap sangka buruk pada orang lain, tak kisahlah siapa pun mereka. Bersangka baiklah kamu, sungguh akan tenang hatimu dan akan timbullah perpaduan kita_^). Mr AnO tutup dengan sepotong ayat Al-Quran:

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa." [Al-Hujurat : 12]

Apa komen anda??Jom berubah_^)

hak cipta terpelihara_^) tinta-sinarislam.blogspot.com

Thursday 5 May 2011

::.Don't judge a book by its cover???.::


Assalamualaikum dan salam selamat malam buat readers yang Mr AnO hormati sekalian.. maaf sebab mengganggu mimpi u all lagi malam nie..hehe
malam nie teringin pulak nak update blog yang tak seberapa nie...hmm Mr AnO pecaya 100% yang semua readers nie mesti dah pernah dengar dengan ayat nie kan?? Don't judge a book by its cover_^).. satu soalan Mr AnO nak dedahkan pada u all, betul ke statement nie?? adakah 100% boley diterima?? jom kita buat experiment!!:)

suatu hari, ada seorang pak cik dan seorang pemuda datang ke kedai restoran western yang agak mahal harga makanannya, dengan berpakaian seperti orang kampung dan dipasangkan bersama selipar yang tak seberapa mahalnya, maka masuklah mereka ke dalam restoran itu...

tauke kedai : aman(bukan nama sebenar), pergi hantar air nie kat pondok sana..
aman : ok bos!
tauke kedai : tak ramai pelanggan kita hari nie..
aman : ye lar bos, mungkin gaji tak masuk lagi kot..
tauke kedai : memandai saje kau nie aman..haa aman, tu ada orang datang!
aman : hah! nie sah nak makan 'lamb chop' bos!
tauke kedai : hurmm..ye la sangat kau nie aman, ada duit ke dia 2..pakai pun macam baru balik dari sawah jer..
aman : mana taw bos..
tauke kedai : haaa p hantar menu and amik order!
aman : ok bos!


[selang 3suku minit kemudian]

aman : bos, 'lamb chop[rm20]' full plate 1, 'salmon grill[rm25]' 1!
[senyum sinis aman kepada bos nya tue_^)]

hehe sampai tak apa yang Mr AnO cuba nak bagitaw kat u all nie?? huhu haa tengoklah sendiri, baru saja seorang pak cik yang berpakaian biasa pergi ke restoran, belum lagi dilihat seorang yang sedang buat roti canai tepi jalan, mereka2 yang memandu Lancer evo9, guru2 yang mengajar di masjid dan sebagainya...kita jangan mudah melatah menghukum ini dan itu kepada seseorang yang kita sendiri tak kenal hati budi mereka..

kita sebagai manusia mudah memberi perspektif tentang seseorang sedangkan benda itu kita sendiri pun tak tahu akan kepastiannya.. ye lar, kekadang kita melihat orang yang pakai seluar jeans ketat, baju pun ala2 rockers gitu, kita kata orang nie dah tak baik..tapi bila tengok orang nie pakai serban, berjubah.kita kata dia baik...memang tak dinafikan bahawa penampilan seseorang itu dipengaruhi oleh jiwanya atau hatinya..tapi mungkin itu adalah gayanya..sebagai contoh, pendakwah bebas, Ustaz Akhill hayy..semua kenal dengan penampilannya yang agak 'sempoi', dipadankan dengan rambut panjang beliau tue.. apa yang penting ialah, kita perlu bersangka baik pada orang di luar sana.. jika mereka terlebih berpakaian sehingga menjolok mata, maka gunakanlah kuasa dan tegur mereka secara baik..sabda Nabi Muhammad SAW:

"Apabila kamu melihat kemungkaran, maka cegahlahnya dengan dengan tangan (kuasa), jika kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya pula dengan lidah, jikalau itu juga kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya dengan hati, dah demikian itulah selemah-lemah iman"

kemampuan mata kasar kita tak mampu nak mengurai segala tentang seseorang..tapi gunakanlah segala kemampuan yang ada dalam diri kita untuk mengurai apa yang ada dalam diri kita. kita mudah menjatuhkan dia begini dan begitu, bagaimana pula dengan kita?? bagaimana pula dengan penampilan kita?? bagi lelaki..jagalah keterampilanmu agar dipandang hormat oleh masyarakat dan kepada wanita, sempurnakanlah auratmu agar dijauhkan dari azab neraka..

ubah persepsi kita, ubah diri kita kerna di hadapan Allah segala harta benda tak berguna lagi..kau seorang engineer ke, arkitek ke, guru, nelayan, pesawah..tu semua tak dipandang oleh Allah tapi yang dipandang ialah taqwa, keimanan kita pada Allah. semoga kelak kita ditempat dari golongan orang yang beriman, insyaAllah_^). apa pun 'cover' pada diri kita, 'cover' pada orang lain, ingatlah itu semua bukan yang Allah pandang....sentiasalah kita merendahkan pandangan dengan orang lain agar diri kita dipandang tinggi oleh Allah..sekian dulu perkongsian Mr AnO buat kali nie, mohon maaf sebab Mr AnO tak mahir dalam menyusun kata2..jumpa lagi_^)

"Wahai Manusia !  Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha mengetahu, Maha teliti ( Al-Hujurat : 13)"

p/s: cerita di atas tak ada kena mengena yang hidup atau telah meninggal dunia..semoga sama2 kita ambil manfaat:)apa yang penting Mr AnO kena berubah dulu sebab Mr AnO yg tulis entry nie, jom kite berubah!:)

Apa pandangan anda tentang statement ; Don't Judge a Book by its Cover???



Tuesday 3 May 2011

::.Budaya Sumpah.::


Disebuah pinggir bandar, terdapat sepasang suami isteri  yang hidupnya taklah berapa senang.. cukup makan dan pakai sahaja. dulu masa dialam persekolahan, masa di sekolah rendah  si isteri  ini adalah seorang budak yang agak pandai. Setiap kali periksa penggal,   tak pernah dapat nombor melebihi angka sepuluh. Rajin ke sekolah dan tidak pernah ponteng. Tapi bila masuk je sekolah menengah, si isteri  ini telah tergoda dengan alam remaja. Sudah mula pandai bercinta dan berboyfriend. Mak ayahnya pulak percaya habis, cakap nak pergi tuisyen rupa-rupa pergi jumpa boyfriend. 

Dipendekkan cerita, kedua-dua mereka ini telah tidak sabar untuk kahwin, dan berkahwinlah mereka sebelum ambil SPM. Tau-taulah saje.. bila berbekalkan sijil PMR apa sajalah  jawatan yang mampu diminta.  Lalu bercakaplah kedua-dua suami isteri ini..[jeng3]
Isteri :  Bang, semua bekalan dapur dah hampir habis tu. Duit gaji saya dah habis buat beli susu, pampers dan bayar pengasuh anak je.  Kan dah dua kali saya suruh beli barang dapur.. abang buat diam je… lepas tangan  je.. lepas ni kita anak beranak nak makan apa?
Suami : eh.. awak ni tau suruh je.. saya pun ade tanggungjawab saya juga.. ha.. minggu depan mak nak ajak pergi Johor, nak meminang untuk amin. nak pakai duit lagi.
Isteri : eh.. abang ni.. habis tu kami semua tak payah makanlah. Semua duit abang untuk emak abang je ke?   anak-anak kita camana. Kereta  adik saya tu berapa lama kita nak pakai?.  dia pun dah tanye bila nak hantar balik. Saya taulah dia ada 2 buah kereta. Tapi takkan kita nak pakai selama-lamanya.
Suami:  tulah dulu tak belajar betul-betul. Kalau awak belajar elok-elok tentu awak dah bergaji besar sekarang, tengok adik-adik awak tu semua senang lenang. Dah pakai kereta besar, duduk rumah besar.
Isteri :  awak pun sama juga. Sibuk menggatal duk mengorat saya, ajak kahwin cepat-cepat. kalau awak tak kacau saya dulu, mungkin saya dah jadi pegawai besar dah. Mengata orang dia yang lebih.  Kereta tu.. bila nak pulangkan?  tak sedap hatilah nak pakai harta orang lama-lama. Bukan setakat nak pinjam je.. nak jadikan harta sendiri pulak.
Suami: peninglah kepala saya macam ni, tak apalah petang saya nak pergi solat asar kat masjid. Eh… mana awak letak Quran yang saya beli minggu lepas.
Isteri : Apasal pulak nak bawa Quran pergi masjid. Masjid pun jarang-jarang pergi .. kenapa pulak petang ini siap nak pergi masjid.
Suami : La.. saya nak pergi bersumpah lah. Saya nak bersumpah dengan Quran bahawa kereta yang kita pakai tu adalah hak milik kita. Tak payahlah kita nak pulangkan balik.
Isteri :  (dalam hati) dah gila ke pulak orang tua ni!

Assalamualaikum kepada readers yang Mr AnO hormati sekalian..sengaja hari nie Mr AnO mahu membangkitkan isu sumpah menyumpah nie..sudah haru biru jadinya keadaan di Malaysia hari nie, hal agama diambil mudah, kerana politik agama dipermudahkan..astagfirullah..
Bercerita hal sumpah nie, mesti semua dah maklum berkenaan sumpah laknat yang dibuat oleh eskay yang terlibat dalam kes penyebaran video lucah yang dikatakan milik seorang ketua Parti Pembangkang..Mr AnO pun kurang faqih berkenaan isu sumpah laknat ini dan hukum serta caranya di sudut pandang islam so Mr AnO tak mahu mengambil risiko untuk mengolah lebih panjang..Cuma Mr AnO nak kita sedar keadaan islam itu seolah dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak saja. Dimanakah kredibiliti Negara Malaysia yang diiktiraf sebagai Negara islam?? Tepuk dada tanya iman di hati…Ayuh bangkit kita tegakkan kebenaran kerna sinar islam itu akan memenangkan kebenaran_^). Sekian dari Mr AnO, maaf andai salah bicara. Apa pendapat anda ttg kes sumpah nie?? Salam….