PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Saturday 30 July 2011

::.ArtWork Mr AnO.::

Assalamualaikum wbt_^)

pe kabor bloggers semua??huhu nak update jugak la walopun trafic blog dah slow skrang, dah lama tak online...huhu actualy nak update pasal puasa tapi still tak cukup bahan lagi, insyaAllah entry lepas nie tentang ramadhan ek_^)...

so hari nie, nak share2 je art work header yg Mr AnO design...hehe dari awal ada blog sampai lah ke hari nie..


nie header untuk blog lama Mr AnO.hehe tak payah duk cari, dah tak wujud dah sekrang nie...dah syahid pun blog nie..tak silap, wujud 6 bulan je kot, pastu saje nak tukar blog baru....

blog baru nye yang nie lar..tinta-sinarislam.blogspot.com


 haa nie je header yang mampu dihasilkan..tak cantik@lawa pun tapi bila hasil tangan sendiri..puas hati jugak..kih3...

so di kesempatan nie, Mr AnO nak promote cikit, 1 blog yg baru jer publish..kalau korang ada nak mintak admin blog tu buatkan header, banner o pape jer..bolehlah request ek..insyaAllah, akan dibuat sebaiknya untuk korang:)


klik pada banner utk surf ke blog tersebut yer...hehe header 2 pun eden buat..wawawawah..promote diri pulak kali nie...hehe k dah la, dah habis dah nak merapu untuk kali nie... same2 kita nantikan bulan Ramadhan al Mubarak_^)

Assalamualaikum....



Friday 29 July 2011

::.Biar kalah sebagai PEJUANG!! Harimau Malaya.::






Assalamualaikum...pe cer hari nie? hopefully kita semua dalam rahmatnya dan bahagia-bahagia selalu...hehe semangat tak baca tajuk entry:p...

Rasanya semua dah tahu kan??skuad Piala Dunia kita telas ditewaskan oleh Skuad Singapura dengan agreget 6 - 4. Pada perlawanan malam semalam, skuad Harimau Malaya terpaksa akur apabila hanya sekadar seri di tangan Sang Singa..tapi Mr AnO tetap bangga dengan persembahan MANTAP dari skuad Harimau kita. Biar kalah kita sebagai PEJUANG!

Persembahan anak didik Datuk K.Rajagopal semalam berada pada lantasan sepatutnya sebagai salah 1 pasukan yang digeruni di Asia..skuad negara bermain dengan baik sekali tapi apakan daya, mungkin rezeki bukan pada tangan kita lagi. Dan ditambah pulak dengan 'lakonan2' pemain singapura yang cuba untuk melengah-lengahkan masa..huh!!geram jugak rasa...

Apa2 pun, Tahniah & Syabas buat skuad harimau Malaya.. kita kalah bukan kerna kita lemah, tapi bukan rezki 2 milik kita lagi. Perlu pertingkatkan lagi mutu permainan dan disiplin pemain. Persembahan mereka semalam telah membuktikan bahawa kita mampu jadi 1 pasukan terkuat di asia kelak, insyaAllah...

lastly, jangan sedey2 deh..sok lusa dah nak puasa_^) ayuh kita sambut puasa kali nie dengan penuh kegembiraan dan syukur pada Allah...kerna masih lagi diberi nikmat untuk bertemu dengan bulan mulia, Ramadhan!!

GO!!GO!!GO!! HARIMAU MALAYA

Wednesday 27 July 2011

::.SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA.::


Assalamualaikum...hari nie Mr AnO nak join segmen yang ditag oleh kak ucukeyna. Segmen nie empunya dari brother kt atas nie...Kalu korang nak tahu lebih, silalah click header dia kt atas 2 ek... jom la meriahkan segmen ilmiah nie_^)

hmm...insyaAllah hari nie Mr AnO nak kongsikan 2 hadis yang Mr AnO rasa boleh dikaitkan dan mungkin korang semua dah memang penah hafal@baca@ dengar tentang hadis nie...

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku. 
(HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619)


Hadis nie merupakan 1 pesanan dari baginda Rasulullah SAW ketika khutbah terakhirnya di Lembah
Uranah, Gunung Arafah pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah. Ayuh kita sama-sama teliti kepada hadis nie... dan pada hari nie Mr AnO nak fokuskan pada Al-Quran. Rasulullah telah berpesan pada kita untuk kita berpegang pada kitab Allah iaitu Al Quran. kenapa?? kerana Al Quran adalah kitab yang diturunkan khas untuk umat Nabi Muhammad dan tidak ada lagi kita suci selepas Al Quran dan Al Quran pada hakikatnya perlu dijadikan 1 panduan hidup dalam segala aspek. tapi realiti pada saat nie, Al Quran pun dihina, Al Quran dipinggirkan dari pengubalan undang2, Al Quran bukan di hati tapi hanya di rak2 yang berdebu sebagai 1 pameran dan sebagainya... adakah kita betul2 memahami apa yang dikatakan oleh sabda baginda SAW??

begitu banyak sekali mukjizat Al Quran nie dan antaranya ialah, Al Quran bakal menjadi syafaat pada hari akhirat kelak. bertepatan dengan sepotong hadis :
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )
 
sesungguhnya, membaca Al Quran adalah salah satu pahala yang besar. kerana dicatatkan dalam hadis, satu huruf dari Al Quran diberi ganjaran sebanyak sepuluh pahala. bayangkanlah jika kita membaca Al Quran setiap hari dan amatlah bertuah jika kita dapat mengamalkannya. insyaAllah al Quran itu akan datang menolong kita pada hari Akhirat kelak...insyaAllah...


Alhamdulillah..dapat jugak siapkan_^). terima kasih banyak pada syafiq coz buat segmen yang sebegini, sangat manfaat buat bloggers yang baca + join. insyaAllah akan dapat ganjarannya.. eh nape Mr AnO pilih hadis tentang al Quran ek? sebab, lagi 4 @ 5 hari lagi kita akan menjejakkan kaki ke bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan. Mr AnO nak mengajak korang semua untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran di bulan ramadhan, latih diri kita. tak mampu nak khatam, cukuplah sekadar kita istiqamah membacanya dan hayatilah bacaan kita..._^) insyaAllah sama-sama kita amalkan..sekian, wassalam...

source : http://cikwiduri.wordpress.com/2008/07/23/khutbah-nabi-muhammad/
             http://dinulislam.saifulbahri.net/index.php/Log-Laman/Menu-Hadith-Nabawi-Himpunan-  artikel-berkaitan-dengan-hadith.html

tag : ustaz HF 

Tuesday 19 July 2011

::.nak beli 1 boley??_^).::

Assalamualaikum and selamat pagi DUNIA!!hehe semangat je kan, biasa la..lama tak ngadap blog nie_^). Alhamdulillah, sesudah subuh nie dapat jugak update..Alhamdulillah, kerna hari nie kita masih lagi dapat menghirup udara segar and dapat pegi keja lagi..yg mana sekolah tue, Alhamdulillah sekolah tak runtuh lg, buley g sekolah lagi..hehe

nak update apa pagi2 nie ek??hehe

boley tak hari nie Mr AnO nak buat entry lain dari lain sikit... tak boley k? dah buat dah pun..korang baca la yerk..kuang3.. ri ni Mr AnO asa nak share la sikit dengan korang sume..Mr AnO teringin sangat kat 'benda' tue, tiap2 hari Mr AnO ngadap 'benda' tue..cuba nak pegang tapi tak mampu lagi..cuba nak miliki tapi takut tak dapat..huhu sape buley tolong Mr AnO nie...huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
^
haa nie makan die!![versi nabil]_^)

nie la 'benda' tue...moh Mr AnO sok sek cikit pasal 'benda' nie...

nie nama dia handset..[ada k org xkenal nset:p]..model Sony Ericsson Walkman w8, adik beradik kembar dengan Xperia x8, touchscreen..OS dia, android 2.1 Eclair, camera 3.2 megapixels, walkman phone, wifi pun ada..lagi apa ek?haa setakat yg duk forum, hanset nie bateri dia sehari jer tapi tue benda biasa la untuk android phone..apa ada hal..lagi?? korang search la sendiri yer..hehe

Pertemuan pertama kami kat sebuah kedai hanset kat KL, time tue xperia x8 la yang tengah top giler, sampai Mr AnO pun duk minat xperia, tup3 bulan 5 hari tue, Sony keluarkan yang kembar xperia nie..w8. first walkman phone yg pkai android..hehe cam best je kan..memang minat giler la dengan phone nie... interface dye serius lawa, and walopun camera 3.2 tapi ok la kan coz nie walkman phone, tak focus pada camera..hehe

so ape pendapat korang??sesuai tak kalu Mr AnO beli??harga dia dalam RM500++ la...
eh!! lupa pulak...korang ingat Mr AnO saje2 je ke cite pasal hanset nie??hehe dah baca 2, korang kena belanja Mr AnO beli nset nie...[waaa kalu 10 org bce, kaya Mr AnO:p]

nie je lah entry yg ntah hape hape dari Mr AnO kali nie...sape2 yang ada opinions tentang W8 nie, silalah berikan komen ek...boley Mr AnO pertimbangkan...tolong yer!!

lastly, sama2 kita mohon pada Allah agar kita nie tak tergolong dalam orang yang cintakan dunia.. semoga dengan benda yang ada tak menghalang kita untuk beribadat serta menyembahnya_^). amiin...



Saturday 16 July 2011

::.Nisfu Syaaban.::


Assalamualaikum...dan selamat pagi. Alhamdulillah, sempat jugak pagi nie nak update walaupun nak jap lagi ada meting..hehe

insyaAllah, entry pendek je hari nie..berkenaan Nisfu Syaaban...ri ni dah berape hari bulan?? eh2, kalender Islam punya, bukan yang omputih tue..

haa 14 Syaaban kan??bermakna malam nie malam 15 Syaaban..korang tahu tak peristiwa apa akan jadi malam nie?? kepada yang nak tahu, mari sini eden nak kobar haa...

Malam nie adalah malam Nifsu Syaaban, yang mana membawa maksud, separuh syaaban. Pada malam nie, ada riwayat yang mengatakan bahawa malam penuh rahmat selepas malam Lailatul Qadr. dan ada juga Hadis yang menunjukkan bagaimana Rasulullah meraikan malam nie..

"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Peristiwa yang berlaku adalah, pada malam nie akan diangkat buku amalan kita.. nak ke kalau buku amalan kita diangkat dengan maksiat penuh dalamnya??mesti tak nak kan??? haa so, jom sementara ada nie kita banyakkan istigfar dan memohon keampunan daripada Allah kerana tak ada yang lebih besar dari keampunanNYA..
Ada juga khilaf yang menyatakan tentang cara menyambut atau merayakan Malam Nisfu Syaaban nie contohnya dengan bacaan yasin dan sebagainya...tapi Mr AnO tak berapa faqih tentang nie, hope kita sama2 belajar lepas nie. Mr AnO tak nak masukkan takut nanti ada info yang salah...huhu tapi seperti yang Mr AnO ajak tadi, selagi masa yang ada, Moh la kita berselawat dan memohon keampunan dari Allah SWT..

hehe pendekkan entry nie?? insyaAllah setakat nie dahulu lah entry buat kali nie..kat bawah nie Mr AnO ada sediakan link untuk korang tambah bahan bacaan tentang Malam Nisfu Syaaban nie_^). Semoga Allah memandang amalan-amalan kita...InsyaAllah..

jum tengok nie pulak :


Tuesday 12 July 2011

::.BERSIH 2.0 & KHILAFAH 2.0.::


Assalamualaikum dan salam 1 Ummah. lafaz tinta dimulakan dengan ucapan agung, kalimah Bismillah..Alhamdulillah, sudah agak lama Mr AnO menghilangkan diri dari laman sesawang nie kerna ada sedikit hal yang perlu diselesaikan dan Alhamdulillah, pada saat nie masih lagi diberikan nikmat dan rahmat untuk kembali menulis pada 'keyboard' laman nie.._^)

pe kabar bloggers semua??huhu maaflah sebab lama tak berkunjung ke blog korang semua, insyaAllah lepas nie Mr AnO BW kat blog sahabat2 semua yer...

Yuk, hari nie Mr AnO nak kobar cikit pasal isu yang baru jer lepas 2 3 hari nie, tentang BERSIH 2.0. Alhamdulillah, dapat lihat sendiri dengan mata sendiri bagaimana keadaan ketika Demo itu berlangsung..memang ramai tak terkata la masa tue, macam-macam orang boleh jumpa..hehe dan Alhamdulillah, Mr AnO dan sahabat yang kat sana selamat pergi and balik..

BERSIH 2.0 nie diadakan untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam Pilihanraya dengan menghantar memorandum. tapi malangnya, BERSIH 2.0 gagal menghantar memorandumnya kerana ancaman dari pihak berkuasa. Dan kalau nak tengok kesan dari BERSIH 2.0 nie, tunggulah PRU-13 yang akan datang. tapi BERSIH 1.0 yang telah diadakan pada tahun 2007 telah memberi sedikit tamparan hebat kepada PRU 12 yang mana melihatkan perubahan dari segi undi di beberapa kawasan. [cek sendiri yer, Mr AnO pun xtahu sgt:P]...semoga kemenangan kita berpihak pada KEBENARAN bukan pada KEBATILAN! insyaAllah...

eh!! apa kaitan dengan tajuk entry nie pulak..hehe saje buat gimik! tak de lah..sebenarnya, Mr AnO nak ajak kita kaitkan dengan Khilafah..

Khilafah nie, mudahnya satu sistem pemerintahan berasaskan Islam sebagaimana yang dibawa oleh zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. KHILAFAH 2.0!!bilakah akan munculnya KHILAFAH 2.0?? setelah jatuhnya empayar islam pada tahun 1924 Masihi, maka hancurlah pemerintahan Islam dan dari detik itulah dunia dipimpin oleh puak-puak kafir dengan kezaliman dan rantai besi..

KHILAFAH 2.0 berasaskan memorandum untuk menubuhkan satu corak pemerintahan yang akan menjaga syariat Allah ataupun Maqasid Syariah.
  1. Memelihara Keturunan
  2. Memelihara Akal
  3. Memelihara Jiwa
  4. Memelihara Harta
  5. Memelihara Agama
Sekiranya hal 5 ini dijaga, insyaAllah kedaulatan pimpinan Islam itu akan muncul dan membawa satu perubahan yang besar terhadap kepimpinan negara dan sunia hari ini...tapi persoalannya, bilakah akan adanya KHILAFAH 2.0??siapakah yang akan memperjuangkannya??

Segala persoalan itu, terletak pada diri kita..siapa kita kalau kita tak memperjuangkan Islam, siapa kita kalau tak merindukan Khilafah.. segalanya pada tindak tanduk kita, kita yang menentukan siapa pemimpin kita dan akhir dari Mr AnO, sinar Islam itu akan memenangkan kebenaran_^).

semoga bermanfaat......._^)

p/s : maaflah panjang cikit, lama xmenulis, semangat terlebey_^)