PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Saturday, 16 July 2011

::.Nisfu Syaaban.::


Assalamualaikum...dan selamat pagi. Alhamdulillah, sempat jugak pagi nie nak update walaupun nak jap lagi ada meting..hehe

insyaAllah, entry pendek je hari nie..berkenaan Nisfu Syaaban...ri ni dah berape hari bulan?? eh2, kalender Islam punya, bukan yang omputih tue..

haa 14 Syaaban kan??bermakna malam nie malam 15 Syaaban..korang tahu tak peristiwa apa akan jadi malam nie?? kepada yang nak tahu, mari sini eden nak kobar haa...

Malam nie adalah malam Nifsu Syaaban, yang mana membawa maksud, separuh syaaban. Pada malam nie, ada riwayat yang mengatakan bahawa malam penuh rahmat selepas malam Lailatul Qadr. dan ada juga Hadis yang menunjukkan bagaimana Rasulullah meraikan malam nie..

"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Peristiwa yang berlaku adalah, pada malam nie akan diangkat buku amalan kita.. nak ke kalau buku amalan kita diangkat dengan maksiat penuh dalamnya??mesti tak nak kan??? haa so, jom sementara ada nie kita banyakkan istigfar dan memohon keampunan daripada Allah kerana tak ada yang lebih besar dari keampunanNYA..
Ada juga khilaf yang menyatakan tentang cara menyambut atau merayakan Malam Nisfu Syaaban nie contohnya dengan bacaan yasin dan sebagainya...tapi Mr AnO tak berapa faqih tentang nie, hope kita sama2 belajar lepas nie. Mr AnO tak nak masukkan takut nanti ada info yang salah...huhu tapi seperti yang Mr AnO ajak tadi, selagi masa yang ada, Moh la kita berselawat dan memohon keampunan dari Allah SWT..

hehe pendekkan entry nie?? insyaAllah setakat nie dahulu lah entry buat kali nie..kat bawah nie Mr AnO ada sediakan link untuk korang tambah bahan bacaan tentang Malam Nisfu Syaaban nie_^). Semoga Allah memandang amalan-amalan kita...InsyaAllah..

jum tengok nie pulak :


2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..sama2 manfaatkan masa y ada.esoklusa belum tentu wujud lagi tak kita ni..^_^

Mr AnOnymOUs said...

>>pengemis Cinta~
betul2, slagi ada slagi 2 kita beramal_^)

syukran atas ziarah:)