PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Tuesday, 30 August 2011

::.Selamat Hawi Waye_^).::

Assalamualaikum dan salam Syawal_^). Alhamdulillah masih diberi segala macam nikmat untuk terus menumpang di atas bumi ini..

Hari nie dah masuk 1 Syawal kan??cepat betul masa berjalan...walaupun masa takde kaki... pejam celik dah habis 29 hari kita berpuasa...huhu Semoga kita semua diberi kekuatan serta keizinan oleh Allah untuk kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah, Ramadhan. Semoga ramadhan kali nie memberi perubahan pada diri kita, tak 100%, 1% pun dah memadai, tapi kita mesti nak banyak kn??hehe dan semoga segala amalan kita dipandang oleh Allah...insyaAllah..

Korang nampak blog dah berubah kan??header pun dah berubah..hehe selama 4bulan buat blog, nie kali ke-3 dah tukar template, and design nie sempena aidilfitri buat tahun nie.... dah2, malas nak cakap panjang2...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432Hijrah@2011 masihi

Maaf zahir dan batin sepanjang berblog nie, ada yang tersalah bahasa, tercopy tapi xletak backlink, buat entry sampai orang lalai dan sebagianyalah... mohon beribu kemaafan dan minta halal semua nya... sape nak bagi duit raya kat Mr AnO??_^)

Isilah aidilfitri dengan perkara berfaedah dan bermanfaat..gunakanlah peluang yang ada untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan ukhwah sesama keluarga dan sahabat handai..

"TAQOBBALLAHU MINNA WA MINKUM SALIHAL A'MAAL"


Sunday, 28 August 2011

::.Awak laki ke perempuan??Jom TEST!.::

Assalamualaikum...pe kabar bloggers semua, maaf la dah bersawang blog nie, 2 3 hari tak update..hehe sibuk raya? eyh, tak de lah..mana ade..sikit2 jer..hehe
Alhamdulillah hari ni dah genap 28 ramadhan..masih lagi berbaki, jangan sibuk nak beraya sampai hari2 terakhir kita bersama ramadhan terabai..pesanan untuk diri sendiri dan semua...

hmm...actually hari semalam, rasa tension yang amat tapi tak tahu sebab pe.so jom kita layan teori yang entah dari mana tetiba ada dalam simpanan hard disk Mr AnO...

PERBEZAAN OTAK LELAKI NGAN OTAK PEREMPUAN

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....jeng3...suspen tak?


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri yer_^)


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat: [jangan baca 2x taw..jujur2:)]


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?[ke teori nie memang salah??hehe]

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."


dah try?..korang pastikan yang korang adalah pembaca lelaki kalau kira dapat 3!kalau  lebih,korang krna jumpa doktor r,check balik jantina_^) guraw2 jer..



okeh, setakat nie dulu entry yang entah pape untuk kali..entry lepas tension la kot...pada yang dah pernah baca, diam2 je taw..buat2 la macam tak penah baca lagi...hehe


salam akhir ramadhan dan Selamat menyambut Syawal_^).


p/s : entry nie cuma suka2 nak release tension, maaf sebab mungkin tak mengandungi bahan ilmiah dan entry nie agak santai...kalau teori nie salah pun, kita dah tahu jantina kita kan...hehe


"Setiap dari jasad dan roh manusia akan merasai nikmat tekanan, dan setiap dari kita ada cara tersendiri untuk kita melepaskan tekanan tersebut tapi ingatlah, cara terbaik untuk kita tenangkan hati adalah dengan mengingati Allah"~Mr AnO_^)


Friday, 19 August 2011

::.Just Another artWork : Doodle ke nie????.::

Assalamualaikum semua.. hari ke-19 puasa? cepat je kan masa berlalu...pejam celik pejam celik dah hampir genap sebulan kita berpuasa. Betul lah firman Allah dalam Al-Quran Karim yang mengatakan "Demi masa. seseungguhnya manusia itu dalam kerugian..."[al-asr : 1-2]
Sungguh rugi kalau masa sebulan yang kita dapat nie kita tak manfaatkan sepenuhnya, jika sama saja kita dalam bulan ramadhan dengan bulan2 yang lain, rasanya tarbiyyah atau kenikmatan ramadhan itu masih belum kita kecapi.. tapi itu tak bermakna kita sudah putus segala nikmat dariNYA, masa masih berbaki, pintu taubat masih terbentang, suara azan masih berkumandang, matahari masih bergerak atas paksinya..masih sempat untuk kita menjadi lebih baik dari semalam.. semuanya bergantung pada diri kita, kita yang memilih untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya. kita yang memilih untuk mendapat sijil Taqwa ramadhan atau sebaliknya..sebesar manapun dosa kita, ingatlah...pengampunan Allah itu besar dari segalanya, it's all about MIND~

sekian jer tazkirah jumaat_^).

eh dah habis ke? awat sat sangat...awat sat sangat????[skrip anwar hadi]

belum lagi...back to topic!

Korang mesti sedar kan, sekarang nie dah ramai orang yang minat nak men'doodle' nie.. kli sini doodle, klik sana doodle, klik sinu doodle, tak klik lagi pun dah ada doodle... tapi Mr AnO bangga betul dengan orang malaysia, especially korang yang ada bakat and ada semangat nak belajar...at least, from blogging we can get some more extra knowledge, right?

[ehem2,  panjang dah kot bersyarah]

haa...sebenarnya Mr AnO pun ada dapat doodle, al maklum la...lepas je dapat doodle dari cik sakura hari 2..terus tercabar nak men'doodle' nie....TAPI!!!!


yang nie dalam gif image pulak...hehe ade ke doodle gerak2...

open image in new tab kalau tak gerak yer...

TAPI?? nie doodle ke??hehe Mr AnO pun tak tahu, korang tolong bagitahu jap_^)

K Assalamualaikum...

Wednesday, 17 August 2011

::.Segmen: Memori Ramadhan by Sakura.::


Assalamualaikum Dan salam Ramadhan. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah hari yang k-17 kita puasa..lagi berapa hari je lagi dah nak habis..tapi diri nie masih lagi terkial-kial..dengan ibadatnya, puasanya dan macam-macam lagi lah..semoga amalan kita semua di terima oleh Allah dan diberi ganjaran olehNYA..amiin_^)

Ehem2..setelah seminggu berfikir dan mengenang kisah silam, at last Mr AnO nak join segmen yang kawan lama Mr AnO anjurkan nie...klik sini untuk more info_^)
Selalunya, memory ramadhan kebanyakan orang..bila diorang puasa, mesti parents akan bagi duit o something yang best la tapi Mr AnO tak  dapat merasai semua tue..huhu tapi Mr AnO nie pelik sikit..nak tahu kenape?? Haa jom bace!!



Dulu masa kecik2 dulu, Mr Ano tak ingat lah waktu darjah berape...mak ayah suruh puasa, so Mr AnO pun puasa la..kalau tak puasa pun nak makan apa sebab mak masak lewat..huhu  so oleh kerana terlalu penat berpuasa, Mr AnO akan tunggu di depan TV setiap kali pengumuman waktu berbuka dan imsak. Tak kisah lah, kat TV9 @ TV3.. korang tahu tak, sebab tiap2 hari tengok, sampai boleh hafal nama2 tempat yang tak pernah dengar pun..tambah2 yang kat sabah and sarawak..hehe ok what, tengok rancangan berbuka pun boleh tambah pengetahuan_^)...

Lepas tengok rancangan tue, terus akan pergi tengok jam...alaaa tak masuk lagi, nak makan takut kena marah. So tunggu la lagi sampai orang azan maghrib..huhu
Tapi, sekarang dah besar..tak tengok dah rancangan waktu berbuka and waktu imsak tue..hehe dah ada jam and henset, dah boleh taw pukul brapa masuk_^)...
Tak best pun kan??hehe nie je la memory ramadhan time kecik2 dulu...tak de yang best pun...tapi hairan jugak, kenape lar rancangan waktu berbuka and imsak 2 asyik pasang lagu yang sma jer, dah la sayu2 jer...hehe cuba tukar2, baru best orang nak tengok_^)
Ok lah, jumpa lagi...selamat berpuasa dan beribat semua....

Haa dah masuk asar,jom solat! jap lg pukul 4.55pm ada rancangan berbuka dan imsak, jom tengok!!!!


Monday, 15 August 2011

::.Chong Wei terpaksa Akur.::

Assalamualaikum...

14/08/2011

Kejohanan Akhir badminton dunia sudah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan penguasaan negara China. 

Antara perlawanan yang paling mendapat tumpuan ialah antara Individu no 1 dan 2 dunia iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan.. Pada set pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pemain tidak mahu mengaku kalah dan walaubagaimanapun set pertama dimenangi oleh Lee Chong Wei [22-20]

Pada set kedua,berlangsung dengan sengit sekali apabila kedua-dua pemain saling mendahului mata. Namun Chong Wei seakan hilang fokus apabila membiarkan Lin Dan mendahului 17-10. Akhirnya set kedua menjadi milik Lin Dan apabila menang 21-14.

Mereka  bermian di set ketiga untuk menentukan siapa juara. Set ketiga berlangsung dengan kedua-dua pemain bermain berhati-hati namun tetap mendebarkan apabila kedua-dua pemain tidak mahu mengaku kalah.
Akhirnya kejuaraan sah menjadi milik Lin Dan apabila menang 23-21 di set ketiga.

Kekalahan ini telah meleburkan hasrat jaguh badminton negara kita untuk merangkul kejuaraan Dunia buat kali pertama. Walaubagaimana pun, kita harus berbangga dengan pencapaian Dato CW kerana hingga ke saat akhir beliau masih tak mahu tunduk kepada Lin Dan, Cuma bukan NASIB beliau untuk kali ni...

SEMOGA TERUS MAJU Persatuan Badminton Malaysia_^)



Saturday, 30 July 2011

::.ArtWork Mr AnO.::

Assalamualaikum wbt_^)

pe kabor bloggers semua??huhu nak update jugak la walopun trafic blog dah slow skrang, dah lama tak online...huhu actualy nak update pasal puasa tapi still tak cukup bahan lagi, insyaAllah entry lepas nie tentang ramadhan ek_^)...

so hari nie, nak share2 je art work header yg Mr AnO design...hehe dari awal ada blog sampai lah ke hari nie..


nie header untuk blog lama Mr AnO.hehe tak payah duk cari, dah tak wujud dah sekrang nie...dah syahid pun blog nie..tak silap, wujud 6 bulan je kot, pastu saje nak tukar blog baru....

blog baru nye yang nie lar..tinta-sinarislam.blogspot.com


 haa nie je header yang mampu dihasilkan..tak cantik@lawa pun tapi bila hasil tangan sendiri..puas hati jugak..kih3...

so di kesempatan nie, Mr AnO nak promote cikit, 1 blog yg baru jer publish..kalau korang ada nak mintak admin blog tu buatkan header, banner o pape jer..bolehlah request ek..insyaAllah, akan dibuat sebaiknya untuk korang:)


klik pada banner utk surf ke blog tersebut yer...hehe header 2 pun eden buat..wawawawah..promote diri pulak kali nie...hehe k dah la, dah habis dah nak merapu untuk kali nie... same2 kita nantikan bulan Ramadhan al Mubarak_^)

Assalamualaikum....



Sunday, 19 June 2011

::.Selamat Hari Bapa.::

Selamat Hari Bapa Kepada Abah….

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
walaupun kekadang aku melawanmu,
walaupun kekadang aku tidak bersetuju denganmu,
walaupun kekadang aku sombong denganmu,
aku berharap engkau ampunkan dosa-dosaku,
kerna aku teramat menyayangimu..
selamat hari bapa kepada abahku sayang…

nukilan : Mr AnOnymOUs


Sunday, 8 May 2011

::.Puisi Buatmu IBU_^).::


Besar pengorbanan yg Engkau berikan
tak satupun langkahmu yg tak berarti di hidupku
kau keluarkan semua tenagamu untuk melahirkanku
meski semua yg terbaik telah ku berikan pada’mu
itu semua tak akan bisa menggantikan semua
    secoret kata ini, kutuliskan
    betapa besar pengorbananmu untuk anakmu
    kini aku bisa memahami,
    betapa berartinya dirimu di dunia’ku

tak mampu aku membalas semua pengorbananmu
hanya menghormati dan memberi yg terbaik untukmu
meski tak besar,aku terus berusaha untuk bisa membuat dirimu tersenyum melihat anakmu

IBU terimakasih, kasih dan pengorbananmu akan terus aku ingat.

Selamat Hari Ibu buat bonda di rumah, semoga kita terus diberi kebahagiaan bersama_^)huhu

Sunday, 24 April 2011

::.Langkah Tercipta.::


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan,
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Assalamualaikum...selamat datang ke belog nie, hopefully u all selalu2 la jenguk2 sini yer and jangan lupa untuk komen post2 terbaru..and jangan lupa jugak nak follow..ley sharing2 lagi..sharing is caring. salam perkenalan...Mr AnOnymOUs_^)