PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Saturday 30 April 2011

::.Kita BERTANYA, Al-Quran MENJAWAB.::


Kita BERTANYA : Kenapa aku diuji??

Al Quran MENJAWAB :
"Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan dengan mengatakan"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya, kami telah menguji orang sebelum mereka, maka Allah mengetahui orang2 yang benar, dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang dusta"
[surah al-ankabut : 2-3]

Kita BERTANYA : Kenapa aku tak dapat yang di idamkan??

Al Quran MENJAWAB :
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu itu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tak mengetahui"
[surah al-baqarah : 216]

Kita BERTANYA : Kenapa ujian seberat ini??

Al Quran MENJAWAB
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya"
[surah al- baqarah : 286]

Kita BERTANYA : Bagaimana harus aku menghadapi semua ini??

Al Quran MENJAWAB
"dan mintalah pertolongan (daripada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya sembahyang itu berat kecuali bagi mereka yang khusyuk"
[surah al-baqarah : 45]

Kita BERTANYA : Apa yang aku dapat dari semua ini??

Al Quran MENJAWAB
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
[surah at-taubah : 111]

Kita BERKATA : Aku tak dapat tahan!!

Al Quran MENJAWAB lagi...:
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya, tidak ada yang berputus asa dengan rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
[surah Yusuf : 12]


Alhamdulillah sehingga ke hari nie, kitab yang diturunkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad,Al Quran masih lagi ada di atas muka bumi nie..segala benda yang telah, tengah dan akan berlaku semuanya telah dicatatkan di dalam al Quran.. Mr AnOnymOUs nak mengajak readers yang dihormati sekalian, sama2 kita membaca al Quran selagi masih sempat kerna segalanya ada di sana..dan membacanya adalah pahala_^).

Terjemahan Hadist dlm Shahih Tirmidzi:
Barangsiapa membaca 1 huruf dari Al-Qur’an, maka baginya 1 kebajikan dan kebajikan itu akan dibalas 10x lipatnya. Aku (Rasulullah) tidak mengatakan alif, lam, mim itu 1 huruf, tapi alif 1 huruf, lam 1 huruf, dan mim 1 huruf

 p/s : Mr AnOnymOUs bukanlah faqih dalam al Quran, mohon perbetulkan andai salah..syukran_^) sinar islam itu akan memenangkan kebenaran!!

*hak cipta dan tulisan tinta-sinarislam.blogspot.com

Thursday 28 April 2011

::.Email 1Malaysia..Tinggalkan pendapat anda_^).::

Assalamualaikum dan selamat malam buat readers yg dihormati sekalian...pe kabar?sihatkah? arap2nya sehat dan tidur lena malam nie...Mr AnOnymOus nak ketuk mimpi u all semua boley?? teruskan membaca yer...
Hari nie, aku nak membangkitkan 1 isu yang baru saja diumumkan oleh PM kita, Dato` Najib Abd Razak berkenaan email 1Malaysia...korang dah tahu belom?? sebelum tue, tahniah dan terima kasih kepada dato` PM kita kerna dapat idea untuk buat projek nie...cuma...hmmm???
okeh, meh nak story sikit... Emel 1Malaysia nie akan diberikan pada semua rakyat Malaysia yg berumur 18tahun dan keatas dan projek ini ditanggung oleh swasta tanpa menyentuh langsung dana dari kerajaan..lagi...projek email 1Malaysia nie adalah salah satu daripada 7 Projek Transformasi Ekonomi(ETP) dan dengan matlamat untuk memudahkan rakyat Malaysia berhubung dengan pihak kerajaan dan senang untuk rakyat mengupdate tentang apa yg berlaku di negara kita nie..opppps! 1 lupa paling penting, dana untuk projek nie adalah sebanyak Ringgit Malaysia 50JUTA!! nielah sikit sebanyak pasal projek email 1Malaysia nie...
Apa yg Mr AnOnymOUs nak keutarakan adalah berkenaan dana dan ke'efektifan' projek nie kepada rakyat Malaysia..ye lah, kita tak dapat nak jangka masa depan cuma kita membuat 1prediction awal..sebut pasal dana, agak terkejut kerana menggunakan jumlah yang agak besar sebenarnya..lebih baik kita guna saja free email dari yahoo! Gmail dan yang lain2 lagi..dengan dana 50juta tue, aku rasa lebih baik kalau disalurkan kepada setiap kerajaan negeri untuk menaik tarafkan instrastruktur IT di negeri masing2, beri pendedahan awal kepada masyarakat tentang IT nie...cuma pendapat dr Mr AnO lah..mungkin 'mereka' lebih mengetahui tentang duit tue..
Kebetulan, Mr AnOnymOUs sendiri berada dalam career nie..apa yang aku tengok, tak semua masyarakat sekarang tahu menggunakan kelebihan IT yang kita ada sekarang..jika email 1 Malaysia nie dilaksanakan, adakah semua akan menyertainya??sama2 kita fikirkan..
Dan perkara terakhir yang Mr AnO nak ketengahkan mengenai security email yang diberikan..even yahoo n gmail pun boleh terbocor, inikan pula sesuatu yang kita dapat free beserta id pula..fikirkanlah!

So, Mr AnOnymOUs rasa setakat nie saja nak berceloteh, InsyaAllah, MR anO akan bukak ruang comment post nie, untuk readers semua menyampaikan idea tentang projek nie. korang boley tinggalkan comment di sini dan kita bukaklah perbincangan sihat untuk masa depan kita_^).wwaaaah...

Adakah ANDA setuju email 1MALAYSIA dilaksanakan??adakah wajar dengan dana itu?? hidup nie ada yang betul dan ada yang salah, sama2 kita renungkan.....tinggalkan comment anda dan sama2 kita fikirkan..sokonglah kebenaran, kerana sinarislam itu akan memenangkan kebenaran!!_^) assalamualaikum...

p/s: maaf penggunaan 'aku' kepada readers yg dihormati_^)

Wednesday 27 April 2011

::.Cerekaramaku.::


Assalamualaikum dan selamat malam semua...tengah2 malam nie, aku nak buat2 cerita untuk sama2 kita buka minda..boley x? kalau boley, teruskan membaca_^)

Pak Cik : semalam pak cik pi JPJ..nak bayar cukai jalan..tengok2 tak boleh!!
Pemuda : kenapa yang tak boley bayar pak cik?
Pak Cik : entahla, si kerani tu cakap pak cik ada saman...
Pemuda : Pak cik ada dapat notis atau waran apa2 tak pak cik?
Pak Cik : tak ada la pulak, tu yang pak cik hairan tue...
Pemuda : ooo..pak cik kena saman ekor la nie..
Pak Cik : astagfirullah..ya ka, kereta pak cik dah kena sita nie..
Pemuda : Pak cik..tengoklah zaman sekarang, senang2 duit kita dimainkan pihak bekuasa..

[perbualan terhenti seketika]

rakyat malaysia yang dihormati sekalian, inilah fenomena yang terjadi di negara kita..dulu penah ada krisis untuk mengharamkan saman ekor, tapi tak dipersetujui dan masih lagi berlaku sekarang.. daripada cerita kat atas tadi, free2 saja kereta kita kena sita.. cuba fikirkan secara logik, kita membeli kereta, contohnya kancil [paling murah] dengan duit kita sendiri, kita jaga sebaiknya tapi bila nak bayar cukai jalan tak boleh sebabnya ada saman. logikkah tanpa waran atau notis dari pihak berkuasa tiba2 terus menyita kenderaan kita??tak boleh menggunakan kenderaan tersebut di atas jalan raya...inikah keadilan yang cuba dilakukan oleh negara kita?? kalau kereta tue, diorang yang bagi pada kita tak pa la jugak, nie menggunakan duit kita sendiri...sungguh malang kalau terjadi pada kita... bila direnung semula, hal nie tak lari daripada pemerintah kita..kerana mereka yang mentadbir negara kita..jika ini keadilan serta kemakmuran yang dibawa..amatlah malang sekali bagi kita yang sederhana pendapatan nie...sama2 kita fikirkan....

[perbualan bersambung...]

Pak Cik : kalau macam tu pak cik kena jelaskan saman dululah..banyak kerja pulak..
Pemuda : duit pun banyak jugak keluar pak cik oiii...
Pak Cik : ye lar..nak buat macam mana, tak bayar nnt, dia mai cari kita kat rumah..
Pemuda : sabor je la pak cik..
Pak Cik : ok lah dik, pak cik p JPJ dulu..nnt lambat penuh pulak kaunter, biasa lah..diorang tak da duit kot nak hantar notis kat orang awam..
Pemuda : agakla...ok pak cik, jaga diri.assalamualaikum....
Pak Cik : waalaikumsalam...

[script tamat]

semoga perkongsian nie dapat membuka minda kita dan membedakan kebenaran dan penindasan. sokonglah kebenaran!!_^)

p/s : hati2 di jalan raya, jangan kena saman, kalau kena saman cepat2 bayar_^)

::.Pandangan islam..Kebenaran Vs Kebatilan.::

KUALA LUMPUR, 25 April - Mahkamah Tinggi hari ini mendedahkan Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”. “Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini. Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala, berus gigi dan botol air mineral diambil. Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil bagi mengenal pasti barangan berkenaan yang ditandakan sebagai bahan bukti. (Sumber - http://pahangdaily.blogspot.com/2011/04/panas-peguam-anwar-sankara-nair-bongkar.html)

Bolehkah nak sabit kesalahan hanya berdasarkan DNA? Lihat pandangan Islam:
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat.

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah hudud seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan).Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.
Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
 >>malaysia oo malaysia, bilakah krisis politik akan berakhir?? bila hal ini diketengahkan, ada pula suara2 dari orang luar dan fanatik politik mempersoalkan tentang  tuduhan Tan Sri Anwar terhadap Rosmah dan PM kita yang dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya..dipersoal kenapa tak menggunakan cara islam nie.. pada pandangan aku la, nampak yang figure2 politik atau negara diluar sana, sedang lberawan psykologi untuk memenangkan diri sendiri sehinggakan bila ditunjukkan kebenaran pada mereka pun, mereka masih lagi boleh mempersoalkan...
aku harap sangat malaysia jadilah negara islam yang sejati..walaupun baru2 ini, sheikh As Sudais memuji malaysia sebagai 1 negara yang aman, tak da peperangan tapi pada hakikatnya, peperangan dari sudut politik itu sangat kuat...percaya atau tidak, semua benda akan berkait dengan politik..[nantikan post lepas nie]. aku menyeru pada korang semua, sokonglah kebenaran dan islam, bukan menyokong kebatilan, kerna sinar islam tue akan memenangkan kebenaran!!_^)...
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

::.Majlis Ilmu.::

Assalamualaikum...ayuh sama2 pada semua rakyat yang ada di perlis, sama2 kita mengambil peluang untuk kita sama-sama mendengar kuliah dari 2 orang penceramah yang penuh dengan ilmu di dada. semoga kita dapat berkongsi ilmu dengan mereka...

Tuesday 26 April 2011

::.SYEIKH DR. ABDURRAHMAN BIN 'ABDUL 'AZIZ AS-SUDAIS.::


Syekh Sudais lahir pada tahun 1382 di Riyadh. Dia menjadi Hafidzul Qur’an pada usia 12 tahun, di masjid kota Riyadh yang dikepalai oleh Syaikh Abdul Rahman al-Faryan. Beliau juga diambil oleh Syaikh Muhammed Ali Hussan and Syaikh Muhammed Abdul Majid Zakir untuk menerima berbagai biasiswa.
Syaikh Abdul Rahman tumbuh di Riyadh beliau mencapai pendidikan dasar ‘Mathna bin Hartha’ semacam akademi ilmu pengetahuan. Di sana beliau belajar di bawah berbagai macam biasiswa termasuk dari Syaikh Abdullah Munaif and Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al Tuwayjiri. Dr. Abdul Rahman lulus dari akademi ini dengan predikat “Excellent” tahun 1399H dan melanjutkan ke Fakulti Syari’ah. Setelah itu beliau menjadi Imam dan Khotib di Masjid Syaikh al-Allam Abdul Razzaq Afifi. Beliau juga mulai mengajar di Akademi Imam al-Dawa Al-Almy.
Pada tahun 1404 beliau diangkat menjadi sebagai Imam dan Khotib Masjid al-Haram, Makkah. Di sana pertama kalinya beliau menjadi imam pada sholat Asar tanggal 22 Sya’ban 1404H (22 ogos 1404H). Khutbah pertama pada hari kelima belas bulan Ramadhan 1404H (15 September 1404H). Dalam tahun yang sama, Dr. Abdul Rahman mendapat gelar Master Degree, dengan predikat “Excellent” dari Universitas Syari’ah Imam Muhammad bin Saud. Beliau dilimpahi peluang untuk menjadi guru penolong di Universitas terkemuka Ummul Qura’, Makkah, di mana beliau mendapatkan gelar Doktornya, dan lagi-lagi lulus dengan predikat “Excellent” pada tahun 1416H. Beliau ditunjuk menjadi Fakulti Syari’ah di Universitas Ummul Qura’. Dan beliau juga ditetapkan sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1404 H saat umur beliau 22 tahun.
Sheikh Abdurrahman Al-Sudais, salah seorang imam Masjidil Haram Makkah, memiliki suara bacaan Al-Qur`an yang khas, sehingga hampir semua kaum Muslimin yang pernah menunaikan haji atau umrah akrab dengan suaranya.
Oleh karena itulah suara merdu bacaan Al-Qur`an secara tartil (bacaan tanpa lagu) itu menyebar ke seantero dunia lewat kaset dan cakram digital (Compact Disc/CD). Dan, suaranya pun sering terdengar di masjid-masjid. Selain suara khas yang kadang-kadang membuat mata tidak terasa meneteskan air tangis haru, sang Imam yang bergelar doctor, itu terkenal ramah dan lemah lembut, serta cepat akrab dengan siapa saja. Sikap cepat akrab dan lemah lembut dengan selalu menebar senyum itulah yang membuat banyak orang suka menemaninya, apalagi untuk berkongsi seputar masalah-masalah agama.
Dan, satu lagi kelebihan Imam Masjidil Haram itu adalah senang "menguasai" banyak bahasa, walaupun hanya sepatah kata, terutama bahasa gaul. Senyum lembut, yang dalam ajaran Islam bernilai sedekah itu ditambah dengan sepatah bahasa setempat itulah membuat beberapa orang yang tadinya tidak mengenal Islam sama sekali, menjadi tertarik.
Salah satu contohnya terjadi saat sang imam menginap selama dua malam di salah satu hotel di "diplomatic area" di kota Beijing belum lama ini. Sheikh Sudais dapat meng-Islamkan lima orang China dari karyawan hotel tersebut yang tertarik dengan sikap sang imam.
Begitulah sejarah seorang imam terkemuka dunia yang mempunyai pelbagai kelebihan dari segala sudut. Semoga kekuatan Al Iman sheikh as Sudais ini akan menyerap ke tubuh kita yang bergelar sebagai mu`min dan marilah kita menanam keinginan untuk bertemu dengannya..insyaAllah…


 source : link

 

Monday 25 April 2011

Imam Besar Masjidil Haram kagum Islam maju di Malaysia

AL-SYEIKH Abdul Rahman ketika menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
AL-SYEIKH Abdul Rahman ketika menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Al-Syeikh As-Sudais mahu umat kuasai ilmu, bahasa Arab untuk kejayaan

BERDEGUP jantung mendengar ceramah ringkas Imam Besar Masjidil Haram, Al-Syeikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Walaupun disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Arab, hadirin menerima mesejnya melalui terjemahan. Cukup menusuk hati terutama ketika ulama agung itu membacakan doa memohon keberkatan umat manusia.

Keindahan bacaan ayat suci al-Quran, ketenangan pada wajahnya mengiyakan semua cerita yang didengar sebelumnya kerana ulama ini cukup dikenali dan dikagumi selaku imam satu Masjidil Haram yang sering mengimamkan solat Tarawih.
Beliau menyeru umat Islam supaya kembali bangkit membina tamadun agung Islam seperti yang pernah dikecapi sebelum ini dengan syarat semuanya mesti berlandaskan ajaran Islam sejati.

Pelaksanaan Islam berasaskan pengetahuan Islam yang betul akan menghasilkan tamadun yang agung. Jika umat dulu mampu melakukannya, umat masa kini juga mampu. Misalnya Malaysia mengorak langkah ke arah yang perlu dicapai umat,” katanya.

Apa yang perlu dilakukan ialah umat Islam mesti sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah kerana syukur itu adalah separuh daripada iman, separuh lagi adalah sabar.

Antara nikmat besar yang dianugerahkan Allah ialah nikmat Islam, maka kita wajib bersyukur. Syukur itu ada tiga kategori, iaitu syukur dengan hati, dengan lidah dan syukur dengan amalan serta pekerjaan yang dilakukan.
“Marilah kita tingkatkan akidah keimanan kerana semua itu bertujuan ke arah mencapai kebenaran dan pengukuhan keimanan,
” katanya.

Bagi mencapai kesempurnaan hidup, Al-Syeikh Dr Abdul Rahman turut menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan, iaitu beriman, menterjemahkan iman kepada amalan salih, saling menasihati atas dasar kebenaran dan nasihat untuk bersabar menghadapi ujian, cabaran hidup ke arah merealisasikan keIslaman diri.

Ketika banyak negara lain kacau-bilau, bergolak dan tidak tenteram, katanya, umat Islam di Malaysia cukup beruntung kerana hidup dengan aman.

Ujian itu datangnya dalam pelbagai corak. Kami di (Arab) Saudi, anda di Malaysia, kita dapat nikmat hidup dalam aspek keselamatan, keamanan, kesihatan dan sebagainya. Sebab itu kita perlu tingkatkan kesyukuran, akidah dan mendidik masyarakat,” katanya.

Satu daripada rahsia mencapai kejayaan yang ditekankan beliau ialah menyeru umat Islam menguasai ilmu, terutama menguasai bahasa Arab ke tahap maksimum.
Baginya, bahasa Arab adalah bahasa orang Islam, bukannya bahasa orang Arab kerana jika mampu menguasai bahasa itu, ia akan meningkatkan personaliti Islam itu sendiri.

“Saya ajak anda fahami Islam sebenarnya, bukannya Islam yang ditafsir dengan pelbagai tafsiran. Apabila menguasai Islam sebenar, kita mampu hadapi cabaran dengan baik dan akhirnya mampu mewujudkan tuntutan akidah iaitu kesatuan Islam.

Jika kita gagal mantapkan perkara tadi, kita tidak akan mencapai kesepaduan Islam,” katanya sambil menambah umat Islam mempunyai tanggungjawab menyebarkan agama Islam tetapi pada masa sama bersikap toleransi kepada bukan Islam.

“Kita diwajibkan menyeru orang bukan Islam supaya memeluk Islam tetapi jika mereka menolak, tanggungjawab itu dianggap selesai tetapi hidup toleransi mesti dikekalkan,” katanya sebelum mengakhiri ceramah dengan bacaan doa
.

Tidak hairanlah, penterjemah ceramah itu sendiri mengakui, sukar baginya menterjemah secara sepenuhnya apa yang disampaikan kerana baginya, amanat ringkas yang disampaikan ulama besar itu semuanya mempunyai ‘isi’ dan mesej penuh makna.

Sikap rendah diri itu juga jelas apabila sendiri memohon kerjasama supaya gambarnya tidak dirakam ketika sedang menikmati jamuan makan tengah hari di Masjid Assyakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Di celah hadirin yang mendengar amanatnya, terdengar bisik-bisik ‘tengok wajahnya, bersih dan tenang. Tidak hairanlah jika dia langsung tidak menonton televisyen.’

Jika apa yang diperkatakan itu benar, jelas sekali ulama besar itu memilih untuk tidak lalai dengan apa saja yang berunsur hiburan dan melalaikan.


source : Berita Harian Online 


Sunday 24 April 2011

::.Langkah Tercipta.::


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan,
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Assalamualaikum...selamat datang ke belog nie, hopefully u all selalu2 la jenguk2 sini yer and jangan lupa untuk komen post2 terbaru..and jangan lupa jugak nak follow..ley sharing2 lagi..sharing is caring. salam perkenalan...Mr AnOnymOUs_^)