::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Saturday, 25 June 2011

::.apa guna ada social networking kalau.....::

Assalamualaikum semua..pe kabar hari nie??hopefully semuanya sehat aje...:) maaf sebab 2 3 hari nie tak update pun blog nie, dah usang jadinya..just BW jer..huhu bukan apa, tak de idea nak tulis..huhu
entry kali nie Mr AnO tulis atas kesinambungan dari Kempen Cik Atika hari tue....tapi meh nak bisik cikit...."umm entry nie panjang taw..baca sampai habis yer_^)"

jom bce...._^)

Tidak ada yang lebih membahagiakan ke atas diri seseorang individu muslim melainkan hidupnya penuh dengan sumbangan kepada islam, sama ada dengan cara berdakwah, menyampaikan ilmu-ilmu islam, menulis bahan-bahan ilmiah agama, mendalami ilmu-ilmu agama terutamanya ilmu tafsir, hadis Rasulullah SAW, fiqh, sirah dan sebagainya. Ini kerana dengan memperdalami ilmu-ilmu berkenaan, seseorang itu akan merasakan dirinya lebih dekat kepada Allah SWT dan sentiasa mengadakan muraqabah dan muhasabah diri terhadap apa yang dilakukannya sama ada menepati acuan agama atau sebaliknya.
Menurut Al Quran akan ada dan lahir individu seumpama itu, ia bagi memastikan kesinambungan agama islam terus berkembang pesat memasuki ruang-ruang hati manusia, sama ada bergelar pemimpin atau rakyat jelata atau yang hidup melarat, semua sama di hadapan Allah SWT, kerana yang dipandang oleh Allah hanya Iman dan Taqwa. Sesungguhnya Allah telah berpesan kepada kita untuk bertaqwa, seperti dalam firmannya :
“Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah.” (An Nisa: 131)
Dan Allah juga menyatakan bahawa orang yang paling mulia di sisiNYA ialah mereka yang bertaqwa, jua terdapat dalam AL-Quran :
“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.” (Al-Hujurat:13)
Jelaslah disini, mesti akan ada seseorang atau sekelompok kaum yang akan menyeru untuk berbuat kebaikan, tidak kira siapapun dia, kerana penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah bukan hanya kepada mereka yang berpangkat. Perkara tersebut ditegaskan Allah menerusi ayat 23 surah Al-Ahzab yang bermaksud :
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah(untuk berjuang membela islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu(lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang dijanjikan itu) sedikitpun”
Dan firman NYA lagi dalam surat Fusilat ayat 33 yang bermaksud :
“dan tidak ada yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada (mengesa dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata, “sesungguhnya, aku adalah dari orang-orang islam (yang berserah kepada Allah)!””
Berikut telah dinyatakan bagaimana Allah telah menetapkan bahawa sumbangan kita yang mengaku kita muslim kepada islam. Malu rasanya kalau hidup di atas muka bumi yang bertuah ini jika tidak ada sumbangan kepada agama yang paling mulia di sisi Allah iaitu islam. So, Mr AnO  nak menyeru kepada semua pembaca khususnya kepada bloggers di luar sana, jangan hanya jadikan blog yang tesergam indah itu hanya untuk tempat meluahkan perasaan, mengisi masa lapang, berkenalan dengan orang luar tapi jadikanlah blog kita nie sebagai satu cara atau wasilah untuk menyampaikan ilmu yang berfaedah. Siapa tahu, hanya kerana artikel yang ditulis dengan tangan kita ini dan dari ilham kurniaan Allah, kita dapat memberi kesedaran kepada seseorang dan lebih beruntung lagi, kita dapat mengajak yang lain untuk menerima islam. Jangan ingat itu satu yang mustahil kerana hidayah Allah tidak mengira siapa. Hal ini dah terbukti..bagaimana kita melihat seorang wanita bekas wartawan Britain, Bassam al-Muslimani atau nama asalnya Yvonne Ridley. Menceritakan sedikit kisahnya, ketika pergolakan Taliban di Pakistan..beliau ditahan oleh pihak Taliban kerana menyamar untuk mendapatkan maklumat ketika itu. Ketika dalam tahanan, beliau sangat terkejut atas layanan yang diberikan oleh puak Taliban keatasnya, langsung tak sama seperti yang diuar-uarkan dalam akhbar Britain. Sesekali beliau dikunjungi oleh seorang ulama’ yang mengajarkannya pengertian islam melalui penjelasan buku ‘Petunjuk sepanjang jalan’ yang dituli oleh as-Syahid Saiyid Qutb, dengan harapan beliau dapat menerima islam. Dan selepas 30tahun selepas pembebasan, Yvonne mentelaah al-Quran tafsir dan membaca buku yang dihadiahkan oleh ulama’ tadi, akhirnya beliau bertekad memeluk islam. Maha Suci Allah, sungguh indah percaturan Allah..dengan wasilah tulisan buku itu dan hidayah Allah, kini beliau menjadi pendakwah muslimat di dunia ini..
Itulah harapan Mr AnO, gunakanlah segenap yang ada untuk menyampaikan ilmu dan jua islam, blog, FaceBook dan lain-lainnya. semoga segala input atau post kita, dibuat dengan penuh ikhlas dan niat untuk menyampaikan kebaikan disamping mahu melakukan perkara berfaedah, insyaAllah akan dipandang oleh Allah. Sekian dulu entry buat kali ini, semoga memberi manfaat buat semua..
maka terputuslah seorang manusia setelah mati kecuali dari 3 perkara, sadaqah jariyah atau ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendo’akan. (HR. At-Tirmidzi)

semoga entry kali nie memberi manfaat bersama buat kita, insyaAllah. maaf yer sebab panjang...hehe..n entry nie dah lama tulis, baru nak publist kat cnie:)


Thursday, 23 June 2011

::.Kejarlah Cintamu_^).::


Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal..


*kejarlah cinta Allah, insyaAllah akan hadir cinta sejati itu untuk dirimu... _^)*


"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." [an-nur : 26]


p/s : saje je nampak mcm jiwang, carilah yang tersirat_^)


Tuesday, 21 June 2011

::.Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!!.::

"Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu 1 golongan(umat) yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah kepada munkar dan mereka inilah orang-orang yang beruntung"
[al imran : 104]

Assalamualaikum dan salam ummah buat readers yang Mr AnO kasihi sekalian..alhamdulillah, dimulakan sengan sepotong ayat al Quran dari surah al-Imran. Ayat di atas berkisarkan tentang suruhan kepada orang islam supaya mengajak kepada yang baik(makruf) dan melarang kepada yang munkar atau dengan kata mudahnya berdakwah..

waaa formal pulak Mr AnO kali nie..hehe hari nie Mr AnO nak sokong kempen yang dibuat oleh Cik Atika tentang Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah. kalau nak join sila klik sini yer_^).





ok2, kembali kepada topik kita_^). Kalau nak bercakap atau bercerita tentang Dakwah nie memang panjang dan mungkin berpage2 nak hurainya. so sape nak Mr AnO huraikan??sila request yer..hehe[bajet ustaz pulak:p]

Kita sebagai seorang muslim Wajib meneruskan apa yang diperjuangkan oleh Baginda Rasulullah SAW iaitu menegakkan Islam apatah lagi pada zaman sekarang nie. Dakwah nie senangnya nak faham, ajak orang buat baik dan mencegah orang buat benda tak baik.. dan cara nak dakwah nie bermacam-macamlah caranya.. ceramah, forum, usrah dan banyak lagi la..dan blog juga boleh dijadikan 1 medium dakwah macam yang cik Atika and blogger lain buat nie_^)

larat lagi tak nak bace??hehe sikit je lagi...

dalam berdakwah nie, kita jangan melihat kelemahan diri kita sebagai 1 penghalang untuk kita menyampaikan usaha dakwah kita tue..ayat yang selalu Mr AnO dengar.."allaa aku pun tak baik, macam mana nak ajak orang buat baik..umm". Mulai hari nie, sape yang berfikir atau terlintas sebegini dalam hati dia, sila buang jauh2 yer sebelum Mr AnO tolong buangkan..hehe buanglah persepsi sebegini dalam diri kita.. kalau mahu difikirkan sebegitu, maka takkan ada la blog cik atika, blog Mr AnO sebabnya kami bukannya suci tanpa dosa..semua orang melakukan dosa, so same2lah kita memperingati satu sama lain..betul tak?tapi dalam masa yang sama kita perlu jugak untuk memperbaiki diri...dan tak perlu pun nak buat karangan panjang2 cam Mr AnO nie, just tulis.. "Jom solat", "Jom tutup aurat"..sudah memadai kalau kita tak mampu untuk berceloteh panjang...kan3x??_^)

Last dari Mr AnO, Mr AnO ibaratkan kita berdakwah nie seperti mencuci tangan... misalnya, tangan kanan kita kotor terkena minyak dan tangan kiri pula terkena debu. tapi apabila kita membasuh dengan air, kedua-duanya akan kembali bersih... ibaratkanlah tangan kiri itu diri kita sebagai pendakwah dan tangan kanan itu sebagai orang yg mahu kita dakwahkan, dan air itu sebagai bahan dakwah kita..apabila disatukan dengan usaha kita, maka sucilah keduanya. mudah kan??apa lagi, jom la buat!!

terima kasih dan tahniah kepada cik Atika sekali lagi sebab buat kempen macam nie.teruskan yer_^)! Mr AnO sokong...pada yang lain, Jom la join!!

p/s : entry nie untuk diri Mr AnO juga..huhu masih byk perlu diperbaiki..maaf buat karangan pulak..Assalamualaikum_^)


tag :


Monday, 20 June 2011

::.Bloglist SAHABAT KEMPEN_^).::



Assalamualaikum..alhamdulillah, syukur pada hadrat Ilahi, masih lagi dapat buat entry untuk belog kesayangan nie_^). apa khabaq bloggers semua?? untuk entry kali nie just simple bcoz Mr AnO nak meraikan bloggers yang menyokong kempen TUTUP AURAT yang Mr AnO anjurkan dalam 5hari lepas_^). Kempen nie boley diteruskan, tak bermakna dah habis tempoh kita kena stopkan terus yer...

OK, jom kita terjah SAHABAT KEMPEN Mr AnO! walaupun tak ramai tapi inilah sahabat-sahabat yang sudi menyokong. jom TERJAH mereka!

1 - [techie87] http://techie87.blogspot.com/
2 - [tia siwon] http://cukupindahhidupini.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat_07.html
3 - [Wan Pai] http://makhluktaksempurna.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat.html
4 - [Atika Aula] http://atikaahmadiah.blogspot.com/2011/06/kempen-jom-tutup-aurat.html
5 - [Naurah Nawwarah] http://naurahnawwarah.blogspot.com/
6 - [mira] http://mylifemira.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat.html
7 - [fieha] http://fieha88.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat.html
8 - [Farhanim Radziah] http://soghokito.blogspot.com/
9 - [senyum SOYA] http://otakkosongblog.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat.html
10 - [amal] http://applehijaulife.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat.html
11 - [Nur_Farah] http://nurgadisgenit.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat.html
12 - [tqroslan] http://tqaroslan.blogspot.com/2011/06/jom-tutup-aurat.html
13 - [hazirah cw] http://tanpenshoosetsu.blogspot.com/2011/06/kempen-jom-tutup-aurat.html
14 - [yunZ] http://cheritakhita-yuyunz.blogspot.com/2011/06/kempen-jom-tutup-aurat-mata-adam-hawa.html

Terima kasih yang teramat sangat kerna membantu Mr AnO untuk perjuangkan hal aurat nie..nak mintak ape2 ke??hehe Mr AnO nak tanya, sape yang nak 'Moving 3d' yang macam kat bottom right blog Mr AnO??kalau nak, sila tinggalkan coment and bagitahu nak tulis ape yer, nanti Mr AnO akan buat, sebagai hadiah buat anda semua_^). yang lain, hanya Allah yang dapat balas jasa baik anda. teruskan menulis@blogging for Islam_^). Perbetulkan niat, insyaAllah mendapat barakah dari Allah_^)

hopefully, lepas nie kalau ada kempen or segmen dari Mr AnO, u all dapat join lagi:) semoga sama2 kita gunakan blog ke jalan yang betul..

oppps! terlupa, Mr AnO dah masukkan semua link sahabat dalam bloglist Mr AnO, lepas nie senang sikit nak pegi jenguk2...ok, jumpa lagi! insyaAllah_^)


Sunday, 19 June 2011

::.Selamat Hari Bapa.::

Selamat Hari Bapa Kepada Abah….

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
walaupun kekadang aku melawanmu,
walaupun kekadang aku tidak bersetuju denganmu,
walaupun kekadang aku sombong denganmu,
aku berharap engkau ampunkan dosa-dosaku,
kerna aku teramat menyayangimu..
selamat hari bapa kepada abahku sayang…

nukilan : Mr AnOnymOUs


Thursday, 16 June 2011

::.Jom tengok gambar Bulan_^).::

Assalamualaikum wbt kepada semua bloggers sekalian..Mr AnO mulakan bicara entry kali nie dengan Bismillah..semoga kalam nie memberi berkat buat kita_^)

Pada entry kali nie, Mr AnO nak tunjukkan gambar-gambar tentang kejadian gerhana bulan semalam..tapi sebelum tue, Mr AnO sangat bersyukur pada Allah kerna mengizinkan dua mata nie melihat keagungan kuasaMU..Alhamdulillah, tu saja ayat yang dapat dilafazkan...
nak cerita sikit boleh??boleh la ek.._^)

semalam, pada jam 1.25am lebih kurang, Mr AnO dak kat luar rumah sebab baru balik rumah and samping tue nak tengok bagaimana gerhana bermula tapi malangnya keadaan berawan, so susah nak tengok..huhu pastue, masuk la rumah balik.. dalam pukul 2.40am kot, Mr AnO keluar tengok lagi kat luar..waa indahnya!! gerhana sudah habis ke separuh... then, malas tunggu lama2 kat luar, nanti ada benda teman pulak..haha.. pastue, tepat pukul 3.21am masa yang dinantikan sudah tiba..bulan lenyap!! keadaan langit serba gelap..dan ketika nie lah gerhana penuh tengah berlaku... dan pada ketika nie jugak la, Mr AnO yakin..ramai yang bersolat sunat gerhana bulan_^). alhamdulillah.. dan lagi indah, selepas 2 3 minit Mr AnO keluar tengok, titisan air hujan mula membasahi bumi..subhanallah, agung sungguh kekuasaan Allah..

semoga dengan bukti yang Allah nak tunjukkan semalam, menyedarkan kita bahawa tak ada kuasa yang lebih hebat dari kuasaNYA. nak berkongsi sikit lagi nie...jangan marah yer. Mr AnO pernah terbaca teks khutbah tentang kejadian gerhana nie..Mengapa Allah menjadikan gerhana?? kerana Allah mahu menunjukkan kekuasaanNYA pada makhluk ciptaannya.. Sebesar-besar planet yang kita diami ini mampu dikawal serta patuh pada ketetapan Allah, ini apakan pula kita manusia yang hanya sekecil ini nak lawan kuasa Allah.. sama2lah kita fikir_^)

ok..jom tengok gambar yang Mr AnO mintak dekat pak cik google:)..

p/s : waktu dalam gambar nie tercepat sejam..sila undurkan sendiri la yer:)

Dan nie keadaan ketika gerhana penuh..Bumi Bulan Matahari dalan keadaan selari dan cahaya oren tu adalah pantulan cahaya yang kuat dari matahari..
setakat ini dahulu untuk kali nie..syukran padaMU ya Rabbi..semoga nikmat yang kau berikan ini, memberi kekuatan padaku..
"Pada ketika semalam, sinar bulan itu lenyap seketika di bumi ini dek kerana gerhana dan si bumi menanti dengan penuh harapan agar sinar berharga itu kembali...begitu jua hidup kita, mungkin pada ketika ini, sinar islam itu semakin pudar dalam diri kita dek kerana kemungkaran yang kita lakukan, maka bangunlah dan muhasabahlah mencari hidayah dari Allah, insyaAllah sinar itu pasti kembali...It's All About OUR MIND!! sinar islam itu akan memenangkan kebenaran, Allahuakbar!!"

source pic : google, Hunter


Wednesday, 15 June 2011

::.Gerhana Bulan Akan Berlaku??.::

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda
(kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya
kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka
apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga
kembali terang (hilang gerhana).

KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku Khamis ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.
Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000.
Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia.
“Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil.
“Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang,” katanya.
Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa.
Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra.
“Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi.
“Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi,” katanya.
Pada 15 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap.
Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.
“Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit.
“Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis,” katanya.

Mr AnO nak mengajak kepada sesiapa yang berpeluang melihat gerhana bulan pada malam ini, untuk sama2 kita bersolat sunat gerhana. Dan ketahuilah bahawa gerhana bulan ini, salah satu dari bukti keagungan Allah SWT..waAllahu a`lam..
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kaifiat:
Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
 Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.

source : Pondok Pasir Tumboh, 
              Islam GOV

::.JOM TUTUP AURAT.::

HARAP MAKLUM : stIcky pOst..
scroll down to read new entry_^) terima kasih!

JOM TUTUP AURAT!
"Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah salat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk di antara kamu dan mereka, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara minta izin orang yang tersebut dahulu, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
[AN NUR Ayat : 58-60]

Assalamualaikum..
KEMPEN TUTUP AURAT!! kepada semua yang membaca terima kasih.._^). bace je ke? yuk amalkan jom..Allah bagi kita pinjam jasad kita, jaga baik-baik, tutup baik-baik, takut nanti diambilNYA, tak sempat nak kembali pada jalanNYA. insyaAllah, Allah sayang pada hambanya yang menjaga kehormatan dan kesantunan diri_^)






kepada bloggers yang turut menyokong kempen nie, buatlah entry JOM TUTUP AURAT! dan link kan di blog Mr AnO yer..and jangan lupa untuk TAG 3 orang yang tersayang and pastikan diorang tahu yer:)..[byk songeh pulak:P]..insyaAllah nanti Mr AnO bagi hadiah..hehe tak de lah, hanya Allah dapat balas jasa murni kita untuk menegakkan kebenaran. tol tak?? sama2 kita amalkan Islam, kerna Islam itu tinggi dan tak da yang lebih tinggi darinya_^).
oppps last but not least, sila letakkan Badge kat atas nie dalam entry JOM TUTUP AURAT! @ copy and paste kat blog u all semua yer sebagai tanda sokongan. terima kasih.._^) semoga usaha yang kecil ni, dipandang tinggi oleh NYA..amiin..

p/s: same2 kita menjaga aurat deh..and Mr AnO mintak luaskan kempen nie pada blogger yg lain jugak_^) terimas...
and u all bolehlah copy and pastekan gambar nie kat blog u all sebagai tanda sokongan_^). 
[tak de unsur menyindir sesiapa yer.harap maklum]

tag :
sisIzzati
metzBujang 
ucuKeyna
cik HF


Tuesday, 14 June 2011

::.Lepak-Lepak Kejap :~Ada Bakat Ke??.::

Assalamualaikum..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerna atas usaha baginda, Islam itu masih teguh di Dunia ini. Dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat yang tak terhingga kepada kita semua..alhamdulillah..

entry kali nie just entry lepak-lepak dari Mr AnO, Jom layan gambar yang Mr AnO tangkap semasa bersama sahabat-sahabat ketika pogram di kampus dulu.._^). [mode rinduuuu..uhuhu]. first of all, thanks to sahabat yang bagi guna camera DSLR Nikon D3000..tunggu la sy dapat beli nanti! hehehe..

sebenarnya, bajet nak amik gambar kubah masjid, tapi ketinggian tak mencukupi..hehe ujung2 pun bolehla..tak cantik pun tapi suke tengok..

haa nie 2 orang yang bajet nak wat gambar cover album[amik kat tepi tasik]..hehe sebenarnya tangkap antara celah2 daun, tue yang ada hijau ckit kat depan nie..haa? tak caye??xpe2, jom focus ckit...

haa tengok nie..hijau jer kat tepi2 tue..ape? edit guna photoshop? feather?huhu tidak...tak caye lagi? jom tengok 1 lagi...

haa nampak tak daun2 tue? haa Mr AnO tak tipu punya la...cantik tak? jom tengok part lain pulak..

nie pulak gambar pepatung yang menjadi mangsa tangkapan..hehe susah tol nak amik gambar nie, pepatung nie duk terbang jer..and sebenarnya kat belakang tue pokok kelapa, tapi terlalu blur..hehe

hehe nie bukan Mr AnO yang amik ok..cantik tak?kwn yang amik..hehe saje jer nak tunjuk sikit muka budak baju biru 2..sape la tue...hehe Korang kenal tak sape budak baju biru tue?


so, tue je lar entry lepak buat kali nie..so, ada bakat tak Mr AnO nie??nak coment? silakan..._^) ok, selamat hari selasa, semoga hari nie lebih baik dari semalam_^)..InsyaAllah..

setting : kem banyu, klang : cuaca petang
tag :

Monday, 13 June 2011

::.Segmen : Nizam Ijam nak SlideShowkan Blog Anda.. .::

Assalamualaikum...pe kabar blogger semua? hopefully korang sihat walafiat la ek..sejak 2 menjak berkecimpung dalam blogger nie, Mr AnO suka pulak nak join segmen2 nie..and for today, Mr AnO nak ajak sume join blog Nizam Ijam nie..Mr AnO di tag oleh Cik Sakura.tengss!!

Mudah je nak join segmen nie...bace kat bawah nie :
  • Buat Entry bertajuk 'Segmen-Nizam Ijam nak SlideShowkan Blog Anda :)'
  • Letakkan banner kat atas dan di Linkkan kesini
  • Follow Blog Nizam Ijam dan Like Fan Page Nizam Ijam kat SINI (untuk korang Update)
  • Tag kawan2 (pastikan diorang tahu)
  • Letakkan URL kat ruangan Comment :)
  • tutup bila da nak letup blog nie orang join.. (mustahilkan) jgn risau sal tarikh tutup ler.
so tunggu apa lagi??yuk serbu blog abg Ijam kita.....!!!

tag :