PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Showing posts with label ilmiah_^). Show all posts
Showing posts with label ilmiah_^). Show all posts

Tuesday, 30 August 2011

STICKY POST ::.SILENT DAIE.::


SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK LATEST ENTRY YER>>STICKY POST




Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat bloggers semua...Alhamdulillah, dah hari k-9 ri nie..amacam pose? Ok tak? Hopefully segala amalan kita diterima dan diberi ganjaran sewajarnya oleh Yang Maha Esa. Alhamdulillah hari nie Mr AnO dapat 1 idea...jeng3...
POM3..tumpang lalu..Mr AnO nak buat kempen lagi boleh??hehe
Tapi kempen nie pelik sikit sebabnya takkan ada tarikh tutup walaupun tak de orang yang akan join..hehe pelik kan?kan3x??_^)..
Jom Mr AnO story panjang3..lagi kat bawah nie...yuk bace_^)
Ehem3..Kempen kali nie Mr AnO  namakan....”SILENT DAIE”..waah gabungan istilah arab & BI. Meh Mr AnO terangkan sikit pasal tajuk nie.. kita selalu sangat  dengar tentang SILENT COMEDY, SILENT SHOOTER and so on la yang sewaktu dengannya...tapi pada kali nie Mr AnO nak bawak  1 kelainan..kalau SILENT COMEDY, kita melawak tanpa kita cakap..SILENT DAIE, kita berdakwah tanpa perlu kita bercakap @ menulis @ bersyarah panjang.. Pendekatan yang Mr AnO nak ajak korang semua join nie, Kita menggunakan poster @ gambar yang mempunyai idea2 atau bahan2 yang boleh memberi kebaikan kepada umum, dah harap maklum..hendaklah yang BAIK2 saja.. DAIE di sini merujuk kepada kita @ tuan blog..maksud DAIE nie adalah pendakwah...[sila besarkan maksud skop pendakwah yer_^)]
Haa sudah faham? Tak faham..cari kaunter pertanyaan dan tanya..hehe
Persoalan yang mahu Mr AnO lontarkan semula...adakah cukup rukun Dakwah dengan hanya buat kempen2 camnie???haa agak2 pe jawapan korang?.. Meh Mr AnO share sikit.....setakat yang Mr AnO pelajari dan fahami, RUKUN DAKWAH itu ada 4perkara. DAIE(Pendakwah), MAD’U(Orang yang didakwah), MAUDHU’(Bahan Dakwah) dan USLUB(Pendekatan). Jom kita comparekan dengan KEMPEN@SEGMEN islamiah..
DAIE = Bloggers
MAD’U = Visitors
MAUDHU’ = Entry yang mengajak@menyeru kepada kebaikan
USLUB = Blog

Ini yang Mr AnO dapat ringkaskan menurut fahaman Mr AnO...Mr AnO mohon perlindungan daripada Allah sekiranya ringkasan nie tak tepat dan bukan bermaksud Mr AnO mempermudahkan Dakwah itu sendiri, tapi Mr AnO cuba untuk menvariasikan cara dakwah pada zaman serba moden nie....

So, hopefully korang dah maklum & faham tentang apa yang Mr AnO nak bawakan...Kalaulah korang tak de idea untuk buat entry panjang2, carilah bahan2 ilmiah seperti gambar @ poster serta letakkan sedikit kata2 peransang, lekatkan di post blog dan publishkan, dengan niat ada orang yang akan membacanya...mudahkan??_^) dan letaklah tajuk entry tue...”SILENT DAIE”

Ok, nie Mr AnO tunjukkan contohnye ek..._^)

 JOM TINGKATKAN PEMBACAAN AL QURAN DI BULAN MULIA NI_^)

haa cam tue jer..and letakkan tajuk SILENT DAIE...

semoga usaha kta yang kecil nie dipandang oleh Allah sebagai satu bukti bahwa kita mahu islam itu tertegak, insyaAllah...
"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman" [Al-Imran : 104]

Ya Allah, terima kasih kerana telah melontarkan idea ke dalam hati ini untuk dipraktikkan untuk kebaikan ramai, semoga ini 1 kebaikan tapi bukanlah 1 istidraj buatku..amiin...
p/s:pada yg nak join, silakanlah tinggalkan komen beserta link yer..._^)

Assalamualaikum...salam Ramadhan_^)

Sunday, 21 August 2011

::.SILENT DAIE : LAILATUL QADR.::

creat from nothing : sebarkan_^)

Semoga Ramadhan kali ni menemukan kita kepada malam yang lebih baik dari 1000 bulan dan malam di mana Al-Quran diturunkan...Amiin...


Wednesday, 17 August 2011

::.Nuzul Al Quran.::

NUZUL AL-QURAN  

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

                                                            Nama-Nama Lain

Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:

1.
         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2.
         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3.
         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4.
         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5.
         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6.
         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.

7.
         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2

8.
        
Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”


  Tuntutan al-Quran


Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan

  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).


Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,
MSD Washington DC.
Ramadan 1430 September 2009
  



Thursday, 4 August 2011

::.Jom Kenal_^).::


KENAPA kita wajib PUASA?


“ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ” [Al-Baqarah : 183]


"diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. Dari Nabi Muhammad s.a.w. bahawa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)" [Bukhari & Muslim]


Ada apa dalam Bulan RAMADHAN?  

“ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” [Al_Baqarah : 185]


"Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu
malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar
ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam
itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua
perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada
Allah.'' (Riwayat Ibnu Majah)


Dah tu..apa kita DAPAT? 

“Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya; satu kebaikan diberikan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda. Allah berfirman: kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku. Aku akan memberi balasan puasa itu. Dia (anak Adam) mengetepikan syahwatnya dan meninggalkan makanannya kerana-Ku. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya. Dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Puasa itu perisai. Pada hari salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang buruk dan membuat fitnah. Jika dia dicela oleh seseorang atau diperangi, maka hendaklah dia berkata: sesungguhnya aku orang yang berpuasa!” [Bukhari & Muslim]


“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan rasa harap, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” [Bukhari & Muslim]


Assalamualaikum..semoga entry ringkas ini dapat memberi kefahaman buat kita semua..kalaulah ramadhan ini yang terakhir.........tepuk dada tanya iman... wassalam dr Mr AnO_^) 

p/s : betul k tjuk entry 2 dgn entry??hehe spe nak bg tjuk yg tepat..silalah:p