PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Monday 15 August 2011

::.Chong Wei terpaksa Akur.::

Assalamualaikum...

14/08/2011

Kejohanan Akhir badminton dunia sudah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan penguasaan negara China. 

Antara perlawanan yang paling mendapat tumpuan ialah antara Individu no 1 dan 2 dunia iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan.. Pada set pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pemain tidak mahu mengaku kalah dan walaubagaimanapun set pertama dimenangi oleh Lee Chong Wei [22-20]

Pada set kedua,berlangsung dengan sengit sekali apabila kedua-dua pemain saling mendahului mata. Namun Chong Wei seakan hilang fokus apabila membiarkan Lin Dan mendahului 17-10. Akhirnya set kedua menjadi milik Lin Dan apabila menang 21-14.

Mereka  bermian di set ketiga untuk menentukan siapa juara. Set ketiga berlangsung dengan kedua-dua pemain bermain berhati-hati namun tetap mendebarkan apabila kedua-dua pemain tidak mahu mengaku kalah.
Akhirnya kejuaraan sah menjadi milik Lin Dan apabila menang 23-21 di set ketiga.

Kekalahan ini telah meleburkan hasrat jaguh badminton negara kita untuk merangkul kejuaraan Dunia buat kali pertama. Walaubagaimana pun, kita harus berbangga dengan pencapaian Dato CW kerana hingga ke saat akhir beliau masih tak mahu tunduk kepada Lin Dan, Cuma bukan NASIB beliau untuk kali ni...

SEMOGA TERUS MAJU Persatuan Badminton Malaysia_^)



6 comments:

fa-in said...

Apapun, dato CW terbaik lah~

senyumSOYA said...

tahniah.. at least chong wei dah berikan persembahan y terbaik.... ^^"

semoga ada pelapis untk chong wei sbb ada ura2 ckp lpeas olimpik dy nk bersara.. ^^"

cuba mr. Ano jadi pelapis.. hehehe

Mr AnOnymOUs said...

>>Fa_in

betul2..walopun umor dh 29..

Mr AnOnymOUs said...

>>senyumSoya

betul2. at least dpt final kn..hehe
alaa klu Mr AnO gnti CW, Lin Dan kena besara la...hehe

miss ct said...

Assalamualaikum...
xde rezeki..next olimpik ada lagi..

Mr AnOnymOUs said...

>>miss ct

insyaAllah, tp syg la...no 1 dunia tp lom lg mng kjuaraan dunia..huhu