PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Wednesday 27 July 2011

::.SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA.::


Assalamualaikum...hari nie Mr AnO nak join segmen yang ditag oleh kak ucukeyna. Segmen nie empunya dari brother kt atas nie...Kalu korang nak tahu lebih, silalah click header dia kt atas 2 ek... jom la meriahkan segmen ilmiah nie_^)

hmm...insyaAllah hari nie Mr AnO nak kongsikan 2 hadis yang Mr AnO rasa boleh dikaitkan dan mungkin korang semua dah memang penah hafal@baca@ dengar tentang hadis nie...

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku. 
(HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619)


Hadis nie merupakan 1 pesanan dari baginda Rasulullah SAW ketika khutbah terakhirnya di Lembah
Uranah, Gunung Arafah pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah. Ayuh kita sama-sama teliti kepada hadis nie... dan pada hari nie Mr AnO nak fokuskan pada Al-Quran. Rasulullah telah berpesan pada kita untuk kita berpegang pada kitab Allah iaitu Al Quran. kenapa?? kerana Al Quran adalah kitab yang diturunkan khas untuk umat Nabi Muhammad dan tidak ada lagi kita suci selepas Al Quran dan Al Quran pada hakikatnya perlu dijadikan 1 panduan hidup dalam segala aspek. tapi realiti pada saat nie, Al Quran pun dihina, Al Quran dipinggirkan dari pengubalan undang2, Al Quran bukan di hati tapi hanya di rak2 yang berdebu sebagai 1 pameran dan sebagainya... adakah kita betul2 memahami apa yang dikatakan oleh sabda baginda SAW??

begitu banyak sekali mukjizat Al Quran nie dan antaranya ialah, Al Quran bakal menjadi syafaat pada hari akhirat kelak. bertepatan dengan sepotong hadis :
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )
 
sesungguhnya, membaca Al Quran adalah salah satu pahala yang besar. kerana dicatatkan dalam hadis, satu huruf dari Al Quran diberi ganjaran sebanyak sepuluh pahala. bayangkanlah jika kita membaca Al Quran setiap hari dan amatlah bertuah jika kita dapat mengamalkannya. insyaAllah al Quran itu akan datang menolong kita pada hari Akhirat kelak...insyaAllah...


Alhamdulillah..dapat jugak siapkan_^). terima kasih banyak pada syafiq coz buat segmen yang sebegini, sangat manfaat buat bloggers yang baca + join. insyaAllah akan dapat ganjarannya.. eh nape Mr AnO pilih hadis tentang al Quran ek? sebab, lagi 4 @ 5 hari lagi kita akan menjejakkan kaki ke bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan. Mr AnO nak mengajak korang semua untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran di bulan ramadhan, latih diri kita. tak mampu nak khatam, cukuplah sekadar kita istiqamah membacanya dan hayatilah bacaan kita..._^) insyaAllah sama-sama kita amalkan..sekian, wassalam...

source : http://cikwiduri.wordpress.com/2008/07/23/khutbah-nabi-muhammad/
             http://dinulislam.saifulbahri.net/index.php/Log-Laman/Menu-Hadith-Nabawi-Himpunan-  artikel-berkaitan-dengan-hadith.html

tag : ustaz HF 

6 comments:

Syafiq Mokhtar said...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah mr.Ano..boleh2.. sangat2 dialukan..perkongsian ni untuk semua.. ilmiah yg ada pada mr.Ano mmg diperlukan disegmen ni..untuk kebaikan bersama..btw thanks.. sangat terbaik.. tq sudi join..nanti sy listkan dalam entri khas k..semoga kita sama2 dapat manfaat dengan menyebarkan sabda Rasulullah ni..amin.. :)

Mr AnOnymOUs said...

>>The Syafiq

hehe sme2:)

Izzati Nur said...

iAllah bakal tulis :)
trimas shbt sudi tagged

p/s: macam nk jugak je bnda yg gerak2 atas tu.yg bwat nge flash vortex.lawa semacam je.nti ajarku ye sifu IT =)

Mr AnOnymOUs said...

>>cik SI

hehe bru je buat..

fieha said...

ada segmen baru..baru tau..Insya Allah nnti nak join juga :)

syukran atas perkongsian..nice entry :)

Mr AnOnymOUs said...

>>fieha

syukran fieha..jom la join.._^) utk dri kta jgk..