Assalamualaikum semua... pe kabar? hopefully semakin sihat la yer...
“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)
Mr AnO mulakan kalam kali nie dengan 1 ayat Allah tentang reality atau fitrah persaudaraan ummat islam atau lebih khusus lagi orang mukmin. berbagai kareteria atau karekter untuk menjadi seorang mukmin, tak kurangnya juga dengan apa yang terkandung dalam ayat di atas. Bila kita di tanya adakah nak kita jadi mukmin, maka semua akan angkat tangan, sebab menjadi seorang mukmin dan masuk syurga tu sudah menjadi 1 cita-cita untuk orang Islam...
Tapi persoalannya, bagaimanakah keadaan kita dengan sahabat@kawan2 sekeliling kita. sudahkah kita menyenangkan mereka? tolong mereka ketika susah? atau kita just fikirkan diri kita sahaja. Kalau korang baca dari post terdahulu, Mr AnO menggariskan bagaimana ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang menyempurnakan hajat sahabat mereka.
Hal ini bukanlah 1 perkara yang boleh dipandang sebelah mata kerna kehidupan kita seharian bersama sahabat handai kita.. kalau kita sudah merasakan kita baik untuk mereka, adakah kita sanggup menggadaikan masa & cita-cita kita demi menyempurnakan hajat mereka?? tepuk dada tanya hati_^).
Di peluang nie, Mr AnO nak anjurkan agar sama2 kita menjaga hubungan dengan sahabat handai, andai mereka perlukan pertolongan, berikanlah..andai mereka perlukan kewangan, bantulah... kerna kita belum tahu lagi nasib kita akan datang. semoga Allah membalas kita dengan keredhaannya di dunia dan jua akhirat. InsyaAllah...
Setakat ni dulu dari Mr AnO untuk kali nie, semoga perkongsian yang singkat nie dapat kita sama2 ambil kebaikannya dan buang jauh2 keburukannya. Salam Jumaat....
~Berkorbanlah demi sahabat, tapi jangan sampai menzalimi diri~
Assalamualaikum dan salam Sejahtera buat semua bloggers.. Kalam Bismillah Mr AnO mulakan untuk kali nie.. lama betul tak jumpa korang kan?huhu first n formost, Mr AnO nak mintak maaf sebab lama tak pandang laman sesawang tinta nie..bukanlah busy sangat pun tapi tak sempat nak tengok n update..maaf, insyaAllah lepas nie akan terus update.. traffic pun dah low kan:)
Setelah lama tak update nie, bila sedih jer Mr AnO akan tengok blog nie..huhu tak tahu nape, automatik kot...
Untuk kali nie, Mr AnO nak ajak saudara serta saudari kat luar sana untuk kita sama2 menghayati 1 ayat Allah dari Al Quran Al-Karim, surah
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Mr AnO teramat yakin, tak ada apa yang kita semua inginkan selain rahmat dan redha Allah. 2 nikmat terbesar nie tak mungkin kita akan dapat selagi mana kita tak diuji dan kita tak merasai bebanan kesusahan atau kepayahan..
Jom kita renung sejenak bagaimana kehidupan Nabi Muhammad Pemimpin agung dunia..jalan hidup baginda tak pernah dibentang dengan permaidani kuning, dan tak pula dilayan dengan kenikmatan dunia. Cabaran serta Mehnah dalam berjuang semata-mata untuk memastikan Islam itu terus tegak di atas muka bumi ini.. nah! lihatlah, sehingga kini..Islam itu masih lagi mekar di dunia nie..inilah nikmat ujian...
Di saat kita diuji, jangan mudah kita melenting dan terus berburuk sangka pada Allah. sebaliknya, cubalah untuk bermuhasabah diri, kenali diri dan lihatlah ke dalam hati kita..apakah punca atau penyebab Allah turunkan ujian pada kita. Adakah untuk menguji atau menghina kita?? nauzubillah...
nape Mr AnO tetiba cakap tentang nie ek?? dah la lama tak update tetiba nak berceramah pulak kan?? tak de lah, cuma kita sebagai manusia takkan pernah dapat lari dari ujian..so Mr AnO nak ajak kita sama2 mengenali dan mengimbau kembali hati kita, kerna di situlah letakkan processor jasad kita. jika baik hati, maka baiklah selainnya. bertepatan dengan 1 hadis dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim:
"Ingat! sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, jika baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika rosak, maka rosaklah seluruhnya. ingat! itulah hati"
semoga, muhasabah kita dapat membawa kita mengenal diri sebagai hamba dan mengenal kepada siapa kita perhambakan..._^)
maaf andai ada dari pembaca yang tak suka atau tak puas hati dengan entry nie, cuma Mr AnO nak kembali update blog seperti dulu..dan nak keep ng korang semua.. Kar Ucu, Syuda, HF dan lain lagi...
“Kesedihan itu hanya sementara!!”..lihatlah kesedihan dan keperitan perjuangan Rasulullah dahulu untuk menyampaikan dakwah islam yang murni ini. pelbagai mehnah serta cabarab yang ditempuhi oleh Baginda sehingga islam itu tertegak. Contohnya, ketika Baginda ke Taif dengan harapan untuk menyebarkan dakwah islam dan juga bercita-cita untuk menjadikan Taif sebagai markas dakwah pada masa tersebut. Ketika sampainya Baginda di sana, baginda berjumpa dengan 3orang pembesar dari Bani Thaqif secara berasingan, tapi malangnya..mereka bukan saja tidak mahu mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad, malah mereka membalas dengan kata-kata yang penuh biadap. Terbayangkah kita, kalau kita berada di situasi tersebut??bagaimanakah kesedihan kita?? Tapi baginda tidak membiarkan kesedihan itu berpanjangan, kerana sayangkan islam!!
“kesedihan itu hanya sementara!!”..lihat pula peristiwa pada tahun ke-10 kenabian Rasulullah. Tahun yang dianggap tahun kesedihan oleh baginda Rasulullah. Kenapa? Kerana pada tahun nie, baginda kehilangan 2orang insan yang tersayang dalam hidup Baginda iaitu Abu Talib dan Saidatina Khadijah. Baginda teramat sedih kerana kehilangan 2 orang insan ini, akan memberatkan tugas Baginda untuk menyampaikan dakwah islam. Tapi kesedihan ini, bukanlah dijadikan pembantut semangat baginda untuk tidak menyampaikan dakwah. Jika kesedihan ini dipandang serius oleh baginda, akan sampaikah islam kedalam hati kita hari ini???
“Kesedihan itu hanya sementara!!”..lihat pula kepada kesedihan yang berlaku sekarang..dunia islam ditindas. baru-baru nie dunia digemparkan dengan keadaan di Mesir, Libya, Tunisia, serta keadaan umat di somalia dan sebagainya. Penindasan berlaku dimana saja tapi jangan kita lupa pada Palestine yang sudah lama ditindas. disebabkan isu semasa nie, jangan kita lupa pada Palestine. Lihatlah kesedihan dunia islam hari nie..si ibu menangis merintih anak-anak yang meninggal, si anak pula merintih kesedihan melihat ibu mereka disiksa..lihatlah semua, dunia islam hari nie. Tapi! Kita disini, perlukah hanya merintih kesedihan?? Kesedihan mereka disana dijanjikan syurga oleh Allah, insyaAllah..kita di sini??tepuk dada, tanya iman.. perlukah bersedih berpanjangan???..
Sedarlah wahai diriku yang masih tercari diri sendiri, kesedihan yang dialami ini bukanlah berpanjangan tapi hanya sementara. Langit tak selalunya mendung, air tak selalunya kontang..kembalilah mencari dirimu..jangan kerna 1 benda yang tak pasti, kau terus bersedih??itukah sifatmu?? Ingatlah Allah sebaik-baik perancang dan perancangan Allah itu bergantung juga pada usahamu, jangan pernah meminta sesuatu yang baru tapi perbaikilah yang sedia ada untukmu. Dan ingatlah juga firman Allah,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu , melainkan mereka (berusaha) mengubahnya sendiri..”
Kembalilah dirimu pada Allah SWT, kerana dengan mengingati Allah hatimu akan menjadi tenang. Dan berpegang teguhlah dirimu pada hidayah Allah.
“Kami katakan: “Turunlah kalian darinya semuanya, maka jika datang kepada kalian petunjuk dari-Ku, siapa yang mengikuti petunjuk-Ku maka tiada ketakutan pada mereka dan tiada pula mereka bersedih”.(Al-Baqarah: 38).
Perjalanan mencari diriku semula, semoga kesedihan yang menyelubungi ini memberi semangat buat diri Mr AnO untuk terus bangun dan jadikan nie sebagai 1 tarbiyyah dari Allah. Masih banyak benda yang perlu diperbaiki. Buat pembaca yang dikasihi, entry ini bukanlah sebagai tatapan atau luahan hati tapi ambillah ibrah@pengajaran yang terkandung. Wahai hati yang mendung! “Kesedihan itu hanya sementara..!!
والذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماماً
Dan orang-orang yang berkata : “ wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan hidup dan zuriat kami yang menyejukkan mata (soleh / solehah) dan jadikanlah kami sebagai ketua kepada orang-orang yang bertaqwa”