“Kesedihan itu hanya sementara!!”..lihatlah kesedihan dan keperitan perjuangan Rasulullah dahulu untuk menyampaikan dakwah islam yang murni ini. pelbagai mehnah serta cabarab yang ditempuhi oleh Baginda sehingga islam itu tertegak. Contohnya, ketika Baginda ke Taif dengan harapan untuk menyebarkan dakwah islam dan juga bercita-cita untuk menjadikan Taif sebagai markas dakwah pada masa tersebut. Ketika sampainya Baginda di sana, baginda berjumpa dengan 3orang pembesar dari Bani Thaqif secara berasingan, tapi malangnya..mereka bukan saja tidak mahu mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad, malah mereka membalas dengan kata-kata yang penuh biadap. Terbayangkah kita, kalau kita berada di situasi tersebut??bagaimanakah kesedihan kita?? Tapi baginda tidak membiarkan kesedihan itu berpanjangan, kerana sayangkan islam!!
“kesedihan itu hanya sementara!!”..lihat pula peristiwa pada tahun ke-10 kenabian Rasulullah. Tahun yang dianggap tahun kesedihan oleh baginda Rasulullah. Kenapa? Kerana pada tahun nie, baginda kehilangan 2orang insan yang tersayang dalam hidup Baginda iaitu Abu Talib dan Saidatina Khadijah. Baginda teramat sedih kerana kehilangan 2 orang insan ini, akan memberatkan tugas Baginda untuk menyampaikan dakwah islam. Tapi kesedihan ini, bukanlah dijadikan pembantut semangat baginda untuk tidak menyampaikan dakwah. Jika kesedihan ini dipandang serius oleh baginda, akan sampaikah islam kedalam hati kita hari ini???
“Kesedihan itu hanya sementara!!”..lihat pula kepada kesedihan yang berlaku sekarang..dunia islam ditindas. baru-baru nie dunia digemparkan dengan keadaan di Mesir, Libya, Tunisia, serta keadaan umat di somalia dan sebagainya. Penindasan berlaku dimana saja tapi jangan kita lupa pada Palestine yang sudah lama ditindas. disebabkan isu semasa nie, jangan kita lupa pada Palestine. Lihatlah kesedihan dunia islam hari nie..si ibu menangis merintih anak-anak yang meninggal, si anak pula merintih kesedihan melihat ibu mereka disiksa..lihatlah semua, dunia islam hari nie. Tapi! Kita disini, perlukah hanya merintih kesedihan?? Kesedihan mereka disana dijanjikan syurga oleh Allah, insyaAllah..kita di sini??tepuk dada, tanya iman.. perlukah bersedih berpanjangan???..
Sedarlah wahai diriku yang masih tercari diri sendiri, kesedihan yang dialami ini bukanlah berpanjangan tapi hanya sementara. Langit tak selalunya mendung, air tak selalunya kontang..kembalilah mencari dirimu..jangan kerna 1 benda yang tak pasti, kau terus bersedih??itukah sifatmu?? Ingatlah Allah sebaik-baik perancang dan perancangan Allah itu bergantung juga pada usahamu, jangan pernah meminta sesuatu yang baru tapi perbaikilah yang sedia ada untukmu. Dan ingatlah juga firman Allah,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu , melainkan mereka (berusaha) mengubahnya sendiri..”
Kembalilah dirimu pada Allah SWT, kerana dengan mengingati Allah hatimu akan menjadi tenang. Dan berpegang teguhlah dirimu pada hidayah Allah.
“Kami katakan: “Turunlah kalian darinya semuanya, maka jika datang kepada kalian petunjuk dari-Ku, siapa yang mengikuti petunjuk-Ku maka tiada ketakutan pada mereka dan tiada pula mereka bersedih”. (Al-Baqarah: 38).
Perjalanan mencari diriku semula, semoga kesedihan yang menyelubungi ini memberi semangat buat diri Mr AnO untuk terus bangun dan jadikan nie sebagai 1 tarbiyyah dari Allah. Masih banyak benda yang perlu diperbaiki. Buat pembaca yang dikasihi, entry ini bukanlah sebagai tatapan atau luahan hati tapi ambillah ibrah@pengajaran yang terkandung. Wahai hati yang mendung! “Kesedihan itu hanya sementara..!!
والذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماماً
Dan orang-orang yang berkata : “ wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan hidup dan zuriat kami yang menyejukkan mata (soleh / solehah) dan jadikanlah kami sebagai ketua kepada orang-orang yang bertaqwa”
4 comments:
semoga terus tabah dlm menempuh segala ujian dan dugaan.
>>fieha
InsyaAllah_^)
semoga kesedihan tue hanay sementara dan tak mematahkan semangat anda utk teros melangkah dlm idup :)
Jum hayati di sini (^o^)
my diary
>>zaty
huhu lme xdtg cni zaty..Mr AnO pn dh lme xupdate...huhu
Post a Comment