Assalamualaikum dan salam 1Ummah_^). Pe kabor hari nie? Hopefully u all semua diberikan kesihatan hendaknya..Alhamdulillah hari nie berkesempatan untuk mengupdate entry..entry pada kali nie adalah kesinambungan terhadap post sebelum nie..Mengapa KITA Menangis?? Terima kasih pada yang sudah membaca dan maaf kerana lambat menyambung kisah ini…
Seperti yang Mr AnO janjikan pada post terdahulu, Mr AnO ingin menceritakan tentang jawapan seorang wanita yang diajak untuk melakukan maksiat oleh seorang lelaki yang tertarik hati kepadanya..apakah respon wanita itu?? Jom sambung baca_^)
Pada suatu ketika dahulu, diceritakan dalam riwayat..ada seorang lelaki yang tertarik dengan seorang wanita, dia selalu mengintai wanita tersebut dari jarak jauh. Suatu hari si laki itu nampak wanita itu keluar dari rumah kerana nak pergi ke satu tempat, si laki nie mengintainya dari jauh.. dan apabila si laki nie nampak wanita tersebut..lalu si laki ini pun mengikut wanita tersebut, sehingga sampai di satu kampong yang sangat sunyi, sepi, orang pun sudah tidak ada, kebetulan pada waktu lewat malam, orang pun dah tidur kerana pintu2 rumah dan lampu sudah tutup..tiba di satu tempat lapang, boleh kata macam taman…lalu si laki nie pun meluahkan rasa hatinya, cintanya, rindunya kepada wanita tadi…maka dia mengatakan, “orang semua dah tidak ada, orang dah tidur.. apakata kalau kita melakukan perkara-perkara, apakata kita tidur bersama??”..jadi maknanya laki nie menyampaikan rasa hatinya untuk bersama dengan wanita tersebut, si laki nie lihat wanita tu diam dan senyum saja..lalu dia ingatkan wanita itu setuju untuk bersama dengannya. Tiba-tiba si wanita itu bersuara, “kamu cinta pada saya, ingin bersama dengan saya, apakata kamu periksa dahulu, semua orang di kampong nie dah tidur ke belum..”. lalu si laki ini melompat kegirangan kerana dia menyangka lamarannya untuk bersama wanita tersebut diterima…lantas si laki itu memeriksa di kawasan tersebut dan dia memberitahu kepada wanita itu bahawa semua orang sudah tidur, hanya tinggal kita berdua saja disini. maka ketika itu, si laki pun seronok.. kemudian wanita itu bersuara lagi, “kamu kata semua orang dah tidur, apa pandanganmu kepada Allah, adakah Allah juga tidur pada ketika ini?? kamu kata semua manusia sudah tidur, bagaimanakah dengan Allah??”. Terkejut si laki nie, lantas dia membalas..”tidak, Allah tidak pernah tidur, Allah tidak pernah tidur walaupun sesaat.” Wanita itu pula berkata, “kalau kamu katakan Allah tidak pernah tidur, ketahuilah zat Allah yang tidur pernah tidur ini, dia juga akan memerhatikan apa yang akan kita lakukan walaupun semua orang tidak nampak apa yang akan kita lakukan..tetapi Allah yang tidak tidur ini, Allah itu Maha Melihat. Sepatutnya dengan zat Allah inilah yang sepatutnya kita menangis kerana takut kepada Allah”. Terkejut si laki ni dengan kata-kata wanita tersebut..dia hanya takut kepada manusia di kampong itu yang semua sedang tidur, sedangkan dia tidak takut kepada Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai memerhatikan apa yang dilakukan oleh manusia. Dan ketika itu diceritakan dalam riwayat, dia melangkahkan kakinya malu kepada Allah dan juga wanita itu, apabila dia pulang ke rumahnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha, dia takut, menangis dan menggigil tubuh badannya kerana takut kepada Allah. Tak lama selepas itu, si laki nie meniggal dunia…
Bila laki nie meninggal dunia, ada seorang kawannya di kampong itu, bermimpi bertemu laki itu dalam mimpinya. Tanya kawannya, “apa yang Allah beri kepada kamu? Kan kamu pernah menceritakan kepadaku, kamu nak buat perzinaan, kamu nak buat dosa kepada Allah..sekarang apa pembalasan yang kamu dapat?”. dan jawab si laki yang sempat bertaubat sebelum dia meninggal dunia itu, “Allah telah mengampunkan dosa2 saya, kerana ketakutan saya kepada Allah, kerana saya menitis titisan air mata ini kerana saya takut kepada Allah, dek kerana saya takut kepada Allah..dan saya tinggalkan dosa itu, sekarang ini Allah mengampuni dosa2 saya dan sekarang ini juga Allah menempatkan saya di taman-taman syurga kerana titisan air mata takut kepada Allah bukan titisan kerana bab dunia tapi titisan kerana Allah..terus saya meniggalkan dosa itu, dan bertaubat pada Allah, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa saya..”.
Maka cerita ini sesuailah dengan sabda Rasulullah SAW, “ketika tubuh seseorang hamba itu bergetar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah segala dosa-dosanya, ibarat dosanya itu jatuh daripada pohonnya, ibarat daun-daun yang berguguran daripada pokok ketika ditiup angin yang kencang”. Begitulah Allah mengampunkan dosa kita kalau titisan air mata kita itu tadi, menangis kerana takut kepada Allah SWT, menangis kerana menyesali segala dosa kita, kita tahu Allah itu tidak pernah tidur..Adakah hari nie ketika manusia nak melakukan kerosakan, mencuri..mereka pandang di kiri kanan depan dan belakang..ada tak orang yang tengok kita melakukan perbuatan itu, kita tengok semua orang tidak memerhatikan kita ketika itu..kita takut kepada manusia..tapi kepada Allah kita tak takut wahai sahabat2 sekalian..takutlah kepada Allah wahai sahabat2 sekalian…kita sangka orang tak tengok tapi pada hakikatnya Allah sedang memerhatikan kita..titiskanlah air mata kita kerana takutkan Allah. Di dunia ini, kita boleh tipu orang lain dek kerana mereka tak nampak apa yang kita lakukan, tapi ketahuilah Allah tak pernah lalai, tak pernah tidur untuk melihat kita..ketika ini, adakah kita menitiskan air mata kerana takut kepada Allah?? Justeru itu, mudah mudahan cerita si laki dan wanita ini tadi dapat kita jadikan pengajaran kepada kita. Allah tak pernah lalai..titiskanlah air mata ini kerana takut kepada Allah…
Bersambung….
Sekian dahulu buat kali nie..nantikan episode terakhir post Mengapa KITA menangis ini pada entry yang akan datang. Semoga cerita dan entry ini memberi sedikit kesedaran kepada readers yang Mr AnO kasihi. Nantikan kesudahan post nie, pada lain kali, insyaAllah…syukran
6 comments:
tebaik,, good info :)
salam ziarah..nice entry..
nnti inform kat cbox erk utk epsode t'akhir tu..(n_n)V
sori lambat singgah untuk baca entry ni..coz blackout semalam..x sabar nak tunggu entry seterusnya..:)
>> k Ja
hehe tengs..datang2 la sni lg yer..
>> FN
tgu yer...jgn isau, insyaAllah ade nnti:p
>>syuxer
hehe xpe..episode last nie pnjg gk..klu filem, ni kre klimaks cite la..hehe
tengsss:)
Post a Comment