jom baca entry baru nie_^)
pada kali nie, mungkin Mr AnO nak bawakan 1 topic tapi tak la hot sangat..mungkin tak ramai orang yang berbicara tentang topic nie..Mengapa KITA MENANGIS??
Kenapa KITA menangis? kekadang anak-anak menangis kerana mahukan perhatian dari Ibu bapa, ada lelaki menangis kerana takut kekasihnya lari..bermacam2 asbab kenapa KITA menangis. ada pula orang menangis bukan kerana sedih tapi mereka menangis kerana gembira..misalnya si Ibu menangis kerana gembira melihat anaknya berjaya, anaknya dinaikkan pangkat dan sebagainya. .tapi selalunya orang kini menangis kat depan TV @ laptop tengok cerita hindustan or korea..hehe..inilah hakikat manusia, kita diberi nikmat mempunyai perasaan dan berbagai2 ragam untuk kita meluahkan perasaan kita..
Cuma untuk kali nie Mr AnO bukanlah mahu menukilkan tentang perasaan menangis yang biasa..tapi Mr AnO nak coretkan, ke arah mana tangisan kita itu..walaupun menangis itu 1 fitrah manusia, kita tidak mahu kita menangis ini kepada perkara yang sia-sia..kali nie Mr AnO nak membawa u all semua tentang tangisan yang dimaksudkan dengan tajuk entry kali nie...
Sebelum lebih panjang lagi, Mr AnO nak sebutkan kata-kata yang dinukilkan oleh Salman Al - Farisi, "ada 3 perkara yang menyebabkan saya rasa hairan sangat..yang pertama, orang yang terlena di dunia ini sedangkan maut mengintainya". nie sering kali jadi bila kita dah tak tahu nak buat apa, rata2 kita akan tidur saje tapi jangan kita lupa, disaat kita tidur itu..maut sedang menanti kita..masyaAllah..yang kedua kata Salman Al Farisi, "saya hairan melihat orang yang lalai padahal 'orang' yang memerhatinya tidak pernah lalai". siapakah 'orang' yang dimaksudkan tu??tentulah pencipta kita yang Maha Melihat..kita sering kali lalai..dalam solat kita berlengah, dalam belajar kita main2, al Quran pun jarang di baca, disimpan jadi suci dalam debu..ini kerana semuanya dibuai fana dunia..sedangkan Allah tak pernah sesaat pun lalai melihat kita..Allah.. dan yang ketiga kata Salman Al Farisi, "saya hairan melihat orang yang senang di dunia ini padahal dia tak tahu Allah senang dengannya". maksudnya, kita yang senang di dunia, seronok di dunia, hebat di dunia..tapi faqirnya kita tak tahu ,adakah Allah sayang pada kita? adakah kita seronok ketawa sana sini, Allah sayang pada kita..
apa yang dimaksudkan, dalam 3 perkara yang beliau hairan ini, Salman Al Farisi mahu mengajak kita untuk takut kepada Allah, takutkan pencipta agung kita. Kemudian, kata lagi Salman Al Farisi..jika tadi ada 3 perkara yang buatkan aku hairan..ada 3 perkara pula yang buatkan aku resah gelisah dan kadang-kadang disebabkan 3 perkara ini juga, saya akan menangis kepada Allah. apakah 3 perkara itu? yang pertama, "saya resah menangis melihat orang-orang yang memisahkan diri dari kelompok Nabi Muhammad SAW". maknanya, mereka yang tidak mahu mengikuti ajaran Nabi, menolak Al Quran, menolak hadis dan sunnahnya..bagaimanakah di saat mereka meninggal dunia nanti, kepada siapa mereka mahu memohon syafaat. perkara kedua yang dikatakan oleh Salman Al Farisi, "saya resah gelisah melihat mereka yang tidak takutkan Allah". mereka tidak kenal Allah, tak menghadirkan diri ke rumah Allah..hadir bila hanya ada keraian dan sebagainya, bagaimanakah tempat mereka di akhirat nanti, jika mereka meninggal dunia sebelum sempat mereka bertaubat..adakah syurga atau sebaliknya.. dan yang ketiga yang menyebabkan saya resah gelisah dan menangis ialah, "orang yang tidak tahu apakah sesuatu perbuatan yang mereka lakukan ini akan membawa mereka ke syurga atau neraka". inilah yang dirisaukan, kekadang kita sendiri tak mengetahui adakah kita ini benar atau tidak, adakah kita melakukan amal kerna niat kita betul2 kepada Allah atau sebaliknya...
begitulah kata2 dari Salman Al Farisi yang mahu mengajak kita untuk takutkan Allah..alangkah indah kata2 beliau, tersentuh hati ini membacanya...
>>jangan lupa untuk menanti sambungan topik ini pada entry akan datang..._^). Mr AnO akan menceritakan bagaimana seorang lelaki yang telah jatuh hati dengan seorang perempuan dan dia ingin menyatakan hasrat hatinya untuk melakukan maksiat bersama perempuan itu. nantikan apakah jawapan perempuan itu!!!
dan jangan lupa, kita masih dalam tajuk.. MENGAPA KITA MENANGIS..??_^)
bersambung......
7 comments:
tebaik :)
>>kjaharun
tengs..nntkan smbungannya:)
can't wait 4 d next entry~
aku tak sabar menunggu entri seterusnya..elo2 kat shoutbox ye bila bro dah update..:0..x kisah ar panjang..aku baca je kalau menarik..:)
>>pingy
tak lama dah..tgu yer.. t Mr AnO bgtaw kalu dah update
>>syuxer
t dah update Mr AnO bgtaw kt box ek..hehe panjang k? kalau tak buat episode2 nie..asanya sampai sok xbeh bce..hehe
tengs yer:)
>>armouris
salam armouris..thankz perkongsian:)
Post a Comment