PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

::.Important.::

::.sudi-Sudilah Follow_^).::

Tuesday 3 May 2011

::.Budaya Sumpah.::


Disebuah pinggir bandar, terdapat sepasang suami isteri  yang hidupnya taklah berapa senang.. cukup makan dan pakai sahaja. dulu masa dialam persekolahan, masa di sekolah rendah  si isteri  ini adalah seorang budak yang agak pandai. Setiap kali periksa penggal,   tak pernah dapat nombor melebihi angka sepuluh. Rajin ke sekolah dan tidak pernah ponteng. Tapi bila masuk je sekolah menengah, si isteri  ini telah tergoda dengan alam remaja. Sudah mula pandai bercinta dan berboyfriend. Mak ayahnya pulak percaya habis, cakap nak pergi tuisyen rupa-rupa pergi jumpa boyfriend. 

Dipendekkan cerita, kedua-dua mereka ini telah tidak sabar untuk kahwin, dan berkahwinlah mereka sebelum ambil SPM. Tau-taulah saje.. bila berbekalkan sijil PMR apa sajalah  jawatan yang mampu diminta.  Lalu bercakaplah kedua-dua suami isteri ini..[jeng3]
Isteri :  Bang, semua bekalan dapur dah hampir habis tu. Duit gaji saya dah habis buat beli susu, pampers dan bayar pengasuh anak je.  Kan dah dua kali saya suruh beli barang dapur.. abang buat diam je… lepas tangan  je.. lepas ni kita anak beranak nak makan apa?
Suami : eh.. awak ni tau suruh je.. saya pun ade tanggungjawab saya juga.. ha.. minggu depan mak nak ajak pergi Johor, nak meminang untuk amin. nak pakai duit lagi.
Isteri : eh.. abang ni.. habis tu kami semua tak payah makanlah. Semua duit abang untuk emak abang je ke?   anak-anak kita camana. Kereta  adik saya tu berapa lama kita nak pakai?.  dia pun dah tanye bila nak hantar balik. Saya taulah dia ada 2 buah kereta. Tapi takkan kita nak pakai selama-lamanya.
Suami:  tulah dulu tak belajar betul-betul. Kalau awak belajar elok-elok tentu awak dah bergaji besar sekarang, tengok adik-adik awak tu semua senang lenang. Dah pakai kereta besar, duduk rumah besar.
Isteri :  awak pun sama juga. Sibuk menggatal duk mengorat saya, ajak kahwin cepat-cepat. kalau awak tak kacau saya dulu, mungkin saya dah jadi pegawai besar dah. Mengata orang dia yang lebih.  Kereta tu.. bila nak pulangkan?  tak sedap hatilah nak pakai harta orang lama-lama. Bukan setakat nak pinjam je.. nak jadikan harta sendiri pulak.
Suami: peninglah kepala saya macam ni, tak apalah petang saya nak pergi solat asar kat masjid. Eh… mana awak letak Quran yang saya beli minggu lepas.
Isteri : Apasal pulak nak bawa Quran pergi masjid. Masjid pun jarang-jarang pergi .. kenapa pulak petang ini siap nak pergi masjid.
Suami : La.. saya nak pergi bersumpah lah. Saya nak bersumpah dengan Quran bahawa kereta yang kita pakai tu adalah hak milik kita. Tak payahlah kita nak pulangkan balik.
Isteri :  (dalam hati) dah gila ke pulak orang tua ni!

Assalamualaikum kepada readers yang Mr AnO hormati sekalian..sengaja hari nie Mr AnO mahu membangkitkan isu sumpah menyumpah nie..sudah haru biru jadinya keadaan di Malaysia hari nie, hal agama diambil mudah, kerana politik agama dipermudahkan..astagfirullah..
Bercerita hal sumpah nie, mesti semua dah maklum berkenaan sumpah laknat yang dibuat oleh eskay yang terlibat dalam kes penyebaran video lucah yang dikatakan milik seorang ketua Parti Pembangkang..Mr AnO pun kurang faqih berkenaan isu sumpah laknat ini dan hukum serta caranya di sudut pandang islam so Mr AnO tak mahu mengambil risiko untuk mengolah lebih panjang..Cuma Mr AnO nak kita sedar keadaan islam itu seolah dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak saja. Dimanakah kredibiliti Negara Malaysia yang diiktiraf sebagai Negara islam?? Tepuk dada tanya iman di hati…Ayuh bangkit kita tegakkan kebenaran kerna sinar islam itu akan memenangkan kebenaran_^). Sekian dari Mr AnO, maaf andai salah bicara. Apa pendapat anda ttg kes sumpah nie?? Salam….



9 comments:

Miss Shikio said...

tersilap bicara, sumpah memakan diri

terlanjur kata, sumpah melaknat diri

jgn bermain2 dgn sumpah, kelak di akhirat anda yang merana

wan_cikgumuzik said...

bermakna sumpah laknat yg dilafazkan oleh org yg wat kat masjud baru2 nih berkaitan kes video seks anuar ibrahim tuhh dikira pakai laa??

kurus said...

huhuhu benci pada manusia yg bersumpah .. kerana mereka suke mempermainkan sumpah sedangkan mereka adalah manusia yg jahil sebenarnya ..
huhuhuh

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana tanya org yg ana percaya ilmu agamanya(maaf x beritahu),apakah penyelesaian dgn bersumpah utk kes ini ada dlm islam,dan jwpn yg ana dpt;
"pertuduhan utk berzina ini sbnrnya perlukan 4 org saksi. Dlm islam,bukti bukanlah yg utama. Yg utama adlh m'dtgkn 4 org saksi yg adil. Lagi2 video boleh diubahsuai & sebagainya. Selain itu,kes2 sebegini tidak perlu disebar2kan,hendaklah dibicarakan di dlm mahkamah dulu..kita kan x boleh m'aibkan org."

Ana x ingat dalil2@hukum2 b'kaitan dgn pertuduhan zina wlupun dah bljr time sek men. dulu jadi,ana ada jumpa link yg insyaALLAH berguna,dan lebih baik lagi jika kita dpt merujuk buku2 berkaitan hukum jinayah atau bertanya alim ulama'. Wallahua'lam.

http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2011/04/sumpah-laknat-dato-eskay-kenangan-buat.html

http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2009/12/hukum-qazaf-dan-kes-dato-seri-anwar.html

http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2009/12/pendahuluan-soal-maruah-dan-kehormatan.html

Mr AnOnymOUs said...

salam..

>>Miss Shikio
ayat yg mudah difahami..betul, kita jgn mudah bermain dgn sumpah2 nie..tkot ludah ke langit kena muka sendiri..

>>cikgu wan
sumpah 2 diterima tp berlaku byk konflik..tp xbmkna kes tu sudah selesai, eskay bersumpah utk mgukuhkan tuduhannya bahawa video tu milik dr Anwar.. dr anwar perlu mempertahankan dri pd 16 mei nie..

>>ieda
susahkan kak bila kita bermain dgn bnda politik nie..huhu

>>Mujtahidah Solehah
syukran ukhti atas perkongsian 2, stuju 100% kerna utk mensabitkan tuduhan zina perlu ada 4org saksi. dan boleh rujuk pada ayat dr surah an nur : 4-5[btulkan kalu salah].
dan disokong dgn cerita pd zaman sahabat di mana saidina umar bertemu dgn saidina ali dan membawa berita melihat pasangan berzina, lantas saidina ali berkata, bawakan pd aku 4 org saksi jika tidak qazaf keatas kamu(80sebatan) jika kamu mahu meneruskan tuduhan.

>>to all comenters
terima ksih, TQ, syukran Mr AnO ucapkan, teruskan comment, jgn stkt nie sje..hehe

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

Trm ksh atas ingatan ttg dalil berkaitan qazaf.

Dan boleh juga rujuk (Surah An-Nur: 13),peringatan utk dtgkan 4 org saksi lelaki yg adil.

Wallahua'lam. Moga ALLAH redha.

Mr AnOnymOUs said...

>>mujtahidah

syukran mujtahidah..smoga lbey byk perkongsian..doakan demi kebenaran_^)

ucu keyna said...

mantop!!
dapat tmbah pngetahuan kat cni ^_^

Mr AnOnymOUs said...

>>ucu

thankz ucu:) kita mahasiswa nie kena update isu semasa, bru bes!