Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal..

*kejarlah cinta Allah, insyaAllah akan hadir cinta sejati itu untuk dirimu... _^)*
"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." [an-nur : 26]
p/s : saje je nampak mcm jiwang, carilah yang tersirat_^)
17 comments:
betul, cinta pada allah adalah yang terbaik dari segalanya. Leka. Serta masih dalam samar apakah hala tujunya. cinta pada allah lebih indah ganjarannya. moga cha pun berkasih atas landasan allah. amin ya rab :)
>>cha
insyaAllah:) jgalah cinta Allah, insyaAllah Allah jga kita:)
thankz
Sob sobsss.
Sangatlah betoi ! :')
>>Lily Suhaili
ade pglmn k??hehe
Mr AnO doakan yg tbaik:)
entri yang ni rasa macam terkena tepat kat muka saya..
>>wan pai
knape wan??
teringat kisah lama.. :)
>>Wan Pai
semmoga amik pgjrn dr kisah silam_^)
nukilan sndiri ka tuh? indah :)
InsyaAllah, andai cinta Allah kita dah kejar, cinta manusia apatah lagi.
>>mira
cinta manusia itu akan hadir..insyaAllah
Man jadda wa jadda, siapa yg berusaha pasti akan berhasil...
cinta manusia is not long lasting
>>A retarded kitty
betul3x_^) tp berkasih syg itu perlu kerna ia adlh fitrah insani. jgn smpai nafsu mula mmberontak.insyaAllah bahagia jika kita pndai mnjganya:)
cinta Allah cinta sejati..cinta pada manusia hanya smentara..:)
bgantung pada kita untk mnjaganya :D
betul_^)
jangan berlengah.. tapi jangan juga tergesa2..
dalam mencari CINTA utama.. insyaAllah cinta manusia bisa ditemukan..
wallahualam~
Cinta kepada ALLAH adalah cinta yang hakiki ^^
Cinta kepada manusia adalah cinta yang sementara ^^
Post a Comment