Assalamualaikum semua..pe kabar hari nie??hopefully semuanya sehat aje...:) maaf sebab 2 3 hari nie tak update pun blog nie, dah usang jadinya..just BW jer..huhu bukan apa, tak de idea nak tulis..huhu
entry kali nie Mr AnO tulis atas kesinambungan dari Kempen Cik Atika hari tue....tapi meh nak bisik cikit...."umm entry nie panjang taw..baca sampai habis yer_^)"
jom bce...._^)
Tidak ada yang lebih membahagiakan ke atas diri seseorang individu muslim melainkan hidupnya penuh dengan sumbangan kepada islam, sama ada dengan cara berdakwah, menyampaikan ilmu-ilmu islam, menulis bahan-bahan ilmiah agama, mendalami ilmu-ilmu agama terutamanya ilmu tafsir, hadis Rasulullah SAW, fiqh, sirah dan sebagainya. Ini kerana dengan memperdalami ilmu-ilmu berkenaan, seseorang itu akan merasakan dirinya lebih dekat kepada Allah SWT dan sentiasa mengadakan muraqabah dan muhasabah diri terhadap apa yang dilakukannya sama ada menepati acuan agama atau sebaliknya.
Menurut Al Quran akan ada dan lahir individu seumpama itu, ia bagi memastikan kesinambungan agama islam terus berkembang pesat memasuki ruang-ruang hati manusia, sama ada bergelar pemimpin atau rakyat jelata atau yang hidup melarat, semua sama di hadapan Allah SWT, kerana yang dipandang oleh Allah hanya Iman dan Taqwa. Sesungguhnya Allah telah berpesan kepada kita untuk bertaqwa, seperti dalam firmannya :
“Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah.” (An Nisa: 131)
Dan Allah juga menyatakan bahawa orang yang paling mulia di sisiNYA ialah mereka yang bertaqwa, jua terdapat dalam AL-Quran :
“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.” (Al-Hujurat:13)
Jelaslah disini, mesti akan ada seseorang atau sekelompok kaum yang akan menyeru untuk berbuat kebaikan, tidak kira siapapun dia, kerana penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah bukan hanya kepada mereka yang berpangkat. Perkara tersebut ditegaskan Allah menerusi ayat 23 surah Al-Ahzab yang bermaksud :
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah(untuk berjuang membela islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu(lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang dijanjikan itu) sedikitpun”
Dan firman NYA lagi dalam surat Fusilat ayat 33 yang bermaksud :
“dan tidak ada yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada (mengesa dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata, “sesungguhnya, aku adalah dari orang-orang islam (yang berserah kepada Allah)!””
Berikut telah dinyatakan bagaimana Allah telah menetapkan bahawa sumbangan kita yang mengaku kita muslim kepada islam. Malu rasanya kalau hidup di atas muka bumi yang bertuah ini jika tidak ada sumbangan kepada agama yang paling mulia di sisi Allah iaitu islam. So, Mr AnO nak menyeru kepada semua pembaca khususnya kepada bloggers di luar sana, jangan hanya jadikan blog yang tesergam indah itu hanya untuk tempat meluahkan perasaan, mengisi masa lapang, berkenalan dengan orang luar tapi jadikanlah blog kita nie sebagai satu cara atau wasilah untuk menyampaikan ilmu yang berfaedah. Siapa tahu, hanya kerana artikel yang ditulis dengan tangan kita ini dan dari ilham kurniaan Allah, kita dapat memberi kesedaran kepada seseorang dan lebih beruntung lagi, kita dapat mengajak yang lain untuk menerima islam. Jangan ingat itu satu yang mustahil kerana hidayah Allah tidak mengira siapa. Hal ini dah terbukti..bagaimana kita melihat seorang wanita bekas wartawan Britain, Bassam al-Muslimani atau nama asalnya Yvonne Ridley. Menceritakan sedikit kisahnya, ketika pergolakan Taliban di Pakistan..beliau ditahan oleh pihak Taliban kerana menyamar untuk mendapatkan maklumat ketika itu. Ketika dalam tahanan, beliau sangat terkejut atas layanan yang diberikan oleh puak Taliban keatasnya, langsung tak sama seperti yang diuar-uarkan dalam akhbar Britain. Sesekali beliau dikunjungi oleh seorang ulama’ yang mengajarkannya pengertian islam melalui penjelasan buku ‘Petunjuk sepanjang jalan’ yang dituli oleh as-Syahid Saiyid Qutb, dengan harapan beliau dapat menerima islam. Dan selepas 30tahun selepas pembebasan, Yvonne mentelaah al-Quran tafsir dan membaca buku yang dihadiahkan oleh ulama’ tadi, akhirnya beliau bertekad memeluk islam. Maha Suci Allah, sungguh indah percaturan Allah..dengan wasilah tulisan buku itu dan hidayah Allah, kini beliau menjadi pendakwah muslimat di dunia ini..
Itulah harapan Mr AnO, gunakanlah segenap yang ada untuk menyampaikan ilmu dan jua islam, blog, FaceBook dan lain-lainnya. semoga segala input atau post kita, dibuat dengan penuh ikhlas dan niat untuk menyampaikan kebaikan disamping mahu melakukan perkara berfaedah, insyaAllah akan dipandang oleh Allah. Sekian dulu entry buat kali ini, semoga memberi manfaat buat semua..
maka terputuslah seorang manusia setelah mati kecuali dari 3 perkara, sadaqah jariyah atau ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendo’akan. (HR. At-Tirmidzi)
semoga entry kali nie memberi manfaat bersama buat kita, insyaAllah. maaf yer sebab panjang...hehe..n entry nie dah lama tulis, baru nak publist kat cnie:)
6 comments:
best entry..!!! love it
terima ksih:) singgah lg yer..
(^_mantop!!
>>ucu keyna
xde la kak..huhu
blog yg best....
dari segmen "kami tak lupa diri"..
salam kenal....lau rajin singgah la blog saya...nnatikan entry pengalaman saya mendaki Gunung Kinabalu baru2 ni...
Salam alaik..
entri nie sggh bermnfaat dn membri kesedrn..touch the nerve..
tq!
Post a Comment