Assalamualaikum..alhamdulillah..dapat lagi update hari nie..terima kasih, thank, syukran kepada readers yang selalu baca post Mr AnO yang tak seberapa nie_^). Untuk hari nie, adalah episode terakhir entry Kenapa KITA Menangis..kepada yang belum baca post bahagian 1 dan bahagian 2, sila2lah baca yer..jom sambung baca..
Menyingkap sedikit tentang entry bahagian 2, bagaimana Mr AnO membawa cerita tentang seorang laki yang mengajak seorang wanita untuk berbuat maksiat dengannya, dan jawapan yang diberikan oleh wanita itu sangat mengejutkan lelaki itu..nak taw lebih, bace la yer..hehe pada kali nie, adalah entry kesimpulan terhadap post Kenapa KITA Menangis..
Sahabat-sahabat bloggers sekalian, bila kita bercakap tentang menangis kerana Allah, Allah mengingatkan kita dalam Al Quran dalam surah al Maidah ayat 44, “maka janganlah engkau takut kepada manusia, takutlah pada aku”. Disaat kita melakukan kejahatan, kita takut kepada pandangan manusia tapi Allah mengingatkan kita..jangan kita takut kepada manusia, takutlah kepada aku yakni Allah. Dalam sebuah kitab diceritakan bagaimana pada hari Qiamat nanti seorang hamba dipanggil mengadap Allah dan ditimbang segala amalannya, bila dihitung amalnya tiba-tiba amal buruknya lebih banyak dari amal kebaikan. lalu Allah memerintahkan malaikat untuk mengangkat hamba ini dan mencampakkannya ke dalam api neraka. Dan ketika malaikat mahu mengangkat hamba itu untuk dicampak ke dalam neraka, tiba-tiba ada rambut di pipinya dan rambut ini berkata pada Allah, “ya Allah, saya sehelai rambut..demi Allah dan Rasulnya, Rasulullah SAW telah bersabda ; “barangsiapa yang menangis kerana takut kepada Allah, sesungguhnya Allah janji mata ini tidak akan dibakar di dalam api neraka”, dan tuan saya,tuan empunya mata ini Ya Allah telah menangis kerana takut kepadamu, air matanya membasahi pipi saya, membasahi rambut saya yang sehelai ini..bukankah KAU telah berjanji mata yang menangis kerana takutkanMU akan diselamatkan dari api neraka”. tiba-tiba datang suara dari Allah SWT, berkata kepada malaikat jibril..”ya Jibril, angkat orang ini..aku telah mengampuni segala dosa hamba ini kerana ia merupakan sepasang mata yang menangis kerana takut kepada Allah”. Akhirnya Jibril buat satu pengumuman, “wahai sifulan bin sifulan, kamu telah selamat dari api neraka, kamu diselamatkan oleh Allah hanya kerana sehelai rambut.”. lihatlah bagaimana sehelai rambut dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka, kerana daripada titisan air mata yang membasahi pipi ini dan turut membasahi rambut kita..besarnya rahmat Allah.
Dan dicatat juga dalam kitab Bidayatul Hidayah, bagaimana ada pada hari Qiamat nanti, Allah akan mendatangkan kepada kita satu api yang bergemuruh dan besar, bergemuruh api ini sehingga menggegar tubuh umat manusia ketika itu. Maka ketika itu, umat manusia cuba menghampiri api ini..rupa-rupanya semakin dekat dengan api tersebut, semakin kuat bunyi gemuruhnya..dan diceritakan dalam riwayat, boleh didengar api ini dari jarak 500 tahun. Maka ketika itu, semua manusia sibuk..kata nabi-nabi terdahulu..”nafsi..nafsi”, ikutlah diri kamu sendiri..kerana ketika hari Qiamat, tidak ada siapa yang dapat menolong kamu lagi..kamu sendirilah kena menghadapi api itu..tiba-tiba datang Rasulullah SAW, nabi tak kata “nafsi..nafsi” tapi Rasulullah berkata, “ummati..ummati..”..Rasulullah masih ingat kepada ummatnya..dan ketika itu berkata ummat nabi Muhammad, ”demi solat kami, padamlah wahai api. Demi zikir kami, padamlah wahai api. Demi sedekah kami, padamlah wahai api”. Tapi! Hairan! ummat Nabi Muhammad, api yang menyala itu tidak padam..Nabi juga dalam keadaan kebingungan..dan dalam ketika itu, datang malaikat jibril memeritahu kepada nabi, “Ya Rasulullah, api ini hendak membakar ummatmu ya Rasulullah, ummatmu banyak melakukan dosa Rasulullah”. Menangis nabi ketika itu..dan nabi bertanya kepada jibril, bagaimana untuk memadamkan api itu kerana nabi tak mahu ummatnya dibakar di dalam api yang menggunung tinggi itu. Dan jibril membawakan segelas air, jibril kata kepada Rasulullah, “ya Rasulullah, ambillah air ini dan kamu padamkanlah api ini dengan air ini”..Nabi berkata, “bagaimana ya Jibril, air yang segelas ini dapat memadamkan api yang bergemuruh ini”.. jibril pula berkata, “ambil dahulu ya Rasulullah”. Lalu Nabi Muhammad menyirus air itu ke atas api yang bergemuruh itu..dan tiba-tiba keajaiban dari Allah berlaku, terpadam api yang menggunung tinggi itu..Nabi bertanya, “ya Jibril, air apakah ini”. jibril menjawab, “Ya Rasulullah, air ini Allah perintahkan kepada saya untuk berikan kepadamu, gunakan air ini untuk memadam api itu dengan izin Allah, dan Ya Rasulullah..air ini ialah air mata ummatmu ya Rasulullah, ketika mereka hidup di dunia dahulu, ada di antara mereka ini, ada yang menangis kerana Allah..dan kesan dari tangisan inilah, Allah simpan air ini sebagai bukti dan dengan air inilah dapat memadamkan api ini”.
Wahai sahabat bloggers yang Mr AnO hormati..menangislah kerana kita takut kepada Allah..kalau didunia kita tidak menitiskan air mata kerana takut kepada Allah, jika di hari Qiamat kita mahu menangis memohon rahmat dari Allah tapi dengan apa jika di dunia ini tiada air mata yang takut kepada Allah. Adakah kita syukur atas nikmat Allah, adakah kita bersujud kepada Allah.. kita takut jika tangisan nanti bukan tangisan kegembiraan, tapi tangisan penyesalan... Oleh itu, sementara masih ada masa, biarlah kita menitiskan air mata takut kepada Allah. Sepertimana kata Rasulullah, “saya sentiasa berdoa kepada Allah, ; “ya Allah, kurniakan rezeki kepada saya 2 mata yang menangis kerana takut kepadamu ya Allah sebelum air mata ini habis”. justeru itu, menangislah kerana takut kepada Allah, kelak kita akan mendapat perlindungan dari Allah di hari Qiamat nanti..insyaAllah..janganlah dibazirkan air mata kerana hal duniawi kerana air matamu amatlah berharga..
Semoga post Kenapa KITA Menangis ini memberikan sedikit kesedaran kepada kita dalam menempuh hari-hari mendatang. Yang baik ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Mr AnO mintak maaf sekiranya sepanjang episode nie ada yang salah dan silap bicara..Yang baik itu dari Allah, dan yang kurang itu jua dari Allah tapi disandarkan kepada diri ini..
Terima kasih kerana membaca..jumpa lagi pada post2 akan datang_^)
No comments:
Post a Comment